Tajuk : Perempuan Yang Kau Talakkan
Penulis : Rissa Ahdiya
Mukasurat : 311
Penerbit : HA Novels
Terbitan : Mac 2025
Kisah Yun yang diceraikan oleh Zahar gara-gara kantoi curang. Ibu Zahar, Puan Riftah ada motif tersendiri mahukan anaknya berkahwin dengan Yun dan bila tahu Yun diceraikan talak tiga terus mak datin ni tak puas hati dan marahkan anaknya so pilihan yang ada cari suami cina buta supaya Zahar dapat berkahwin semula dengan Yun.
Puan Riftah buat tawaran dengan anak tirinya, Nael so Nael setuju kalau Puan Riftah setuju dengan syarat yang dia kenakan makanya Nael pun berkahwin dengan Yun.
Emak mertua tak habis mendesak, bekas suami pula dok meroyan dan merayu sampai Yun jadi rimas plus dia tahu Puan Riftah ni bukan sukakan dia sangat pun. bila tahu rahsia Puan Riftah, Yun setuju untuk berkahwin dengan Nael sebab mahu Nael melindungi dia dari dua beranak ni.
Nampak macam Puan Riftah macam cerdik buat rancangan tapi Nael lagi bijak kenakan dua beranak ni sebab dia tak rancang pun nak menurut arahan mereka. so bila Nael asyik tangguhkan penceraian makin meroyanlah Zahar nak dapatkan jandakan semula. pendek cakap, Puan Riftah dan Zahar dan kena game dengan Nael.
Perkahwinan Nael dan Yun pada awalnya agak dingin sebab Nael ingatkan Yun nak balik kat duda dia so bila tahu motif sebenar Yun baru hubungan mereka makin baik plus Nael pun sebenarnya dah lama sukakan Yun jadi dia berjanji untuk melindungi Yun dari Zahar dan Puan Riftah.
Kalau baca karya Rissa Ahdiya ni banyak betul bermain emosi, geram dan menyampah dengan perangai Zahar dan Puan Riftah tapi part Nael dan Yun ni sweetla pula, hero terbaik dari ladang. Overall, walaupun kisah yang pendek tapi menarik untuk bacaan santai.
**RATING: ⭐⭐⭐⭐/5**
Talak tiga. Itulah jumlah talak yang Zahar hadiahkan selepas setahun mereka hidup bersama. Namun kisah mereka tak terhenti di situ aje. Zahar datang membawa rindu dan idea gilanya.“Abang akan cari lelaki yang sanggup kahwin dengan Yun. Lepas dia ceraikan Yun, kita nikah semula.”- ZAHARDia mahu menolak. Tapi jauh di sudut hati, dia tak dapat nak nafikan, dia juga ada perasaan sayang terhadap Zahar meskipun mereka kahwin bukanlah atas dasar cinta. Namun, akhirnya dia setuju selepas dapat tahu sesuatu yang selama ini dirahsiakan mereka.Dan demi nak merealisasikan rancangan Zahar dan mamanya, maka Nael yang dipilih mereka untuk menjadi suami sementara.“Kau cuma perlu kahwin dengan dia, laksanakan tanggungjawab kau sebagai suami cukup untuk sekali, lepas tu kau ceraikan dia.” – PUAN RIFTAHTapi, setiap kerja itu ada harganya. Dan harga untuk dia, bukanlah murah.“Jadi apa yang saya akan dapat kalau saya terima tawaran mak cik ni? Takkanlah percuma aje kan? Saya bukannya NGO atau jabatan kebajikan masyarakat.” -NAELMereka kahwin seperti yang dirancang. Tapi, setiap kali dia pandang wajah Yun, marahnya rasa meluap.“Kan kau kahwin dengan aku supaya kau dapat balik semula dekat bekas laki kau tu. Jadi, sekarang cakap, kau nak aku selesaikan tugas aku dekat mana? Atas katil? Atas sofa? Atau atas lantai? Dekat mana-mana pun aku tak kesah. Aku beri kau kuasa untuk memilih.”- NAELDia jadi benci sebab Yun selalu buat keputusan yang salah. Dah dibuat Zahar seperti sampah, tetaplah lelaki itu juga yang Yun mahu kembali.“Aku pun tak tahulah, apa yang buat kau sayang sangat dengan lelaki macam tu? Aku dah beritahu kau lama, Yun. Dia bukan lelaki yang tepat untuk kau!”-NAEL“Habis tu, siapa lelaki yang tepat untuk aku? Kau?” -YUNNamun pada akhirnya, mampukah Nael melepaskan Yun? Atau mungkinkah rahsia yang terbongkar buat Yun kembali semula kepada Zahar?“Kau kahwin dengan aku sebab kau nak hina aku ke?” - YUN“Tak. Aku kahwin dengan kau sebab aku dah dibayar. Puas hati?”- NAE
0 Comments