The Smokejumper by Zura Rahman | Review Novel

Assalamualaikum, post pertama di tahun 2025 tapi sebenarnya post ni aku dah tulis dari bulan 10 tahun lepas tapi terperam je kat dalam draft. sejujurnya mood nak blogging semua ke laut disebabkan kehilangan ibu tercinta tahun lepas so terkesan banyak for me untuk buat benda lain. plus aku pun dah lama tak tengok drama dan baca novel makanya tak ada benda nak update kat sini. tapi slowly sis akan cari mood untuk update blog ni sebab macam sayang nak biarkan blog berhabuk macam tu saja 😁

The Smokejumper by Zura Rahman | Review Novel

Tajuk : The Smokejumper
Penulis : Zura Rahman
Mukasurat : 340
Penerbit : AHA Publication
Terbitan : Mei 2024

Mika Khuzairi Mika Khuzairi, seorang smokejumper yang didiagnos dengan PTSD setelah kebakaran hutan yang besar telah mengorbankan hampir keseluruhan pasukan mereka. Dari Montana, Amerika Syarikat dia pulang ke tanah air. Dulu, dia hero di hutan yang terbakar. Sekarang… dirinya yang perlu dibantu.

Kejadian dia menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki di dalam satu kebakaran telah mendapat liputan menyuruh, lalu pihak JBPM telah menawarkan jawatan sebagai pegawai bomba kepadanya. Insiden yang tidak dirancang menemukannya dengan Kizmi, incas muda yang berwibawa di balai bomba tersebut.

Namun, dia ada sedikit masalah. Antara mereka, ada kisah silam. Kizmi juga suka akan gadis yang telah mencuri perhatiannya.

 

The Smokejumper by Zura Rahman | Review Novel

The Smokejumper sebuah novel yang banyak fokus pada kerjaya Mika sebagai anggota bomba yang mempunyai pengalaman menjadi smokejumper di Amerika.

smokejumper ni juga anggota bomba tapi kerja mereka lebih khusus kepada memadam api di kawasan hutan dengan modus operasi mereka terjun dari pesawat dengan payung terjun ke dalam kawasan api yang berbahaya. latest ni bila tengok news pasal kebakaran besar kat Los Angeles terus teringat kat Mika dan novel.

Jalan cerita memang fokus pada kerjaya anggota bomba yang kerja mereka selain memadam api juga terlibat dalam tugas khas seperti menyelamatkan kucing, menangkap ular, bantu mangsa terkunci dan sebagainya. pendek cakap kalau korang suka abang bomba boleh baca novel ni.

dari segi romance dan konflik antara Mika dan Kizmi tu macam kureng sikit. interaction antara Mika dan Kizmi tu tak banyak dan feeling bunga-bunga cinta antara Mika dengan Inspektor Alina tu aku tak rasa sangat maybe cara diorang bercinta ni nampak sempoi sangat. satu lagi Mika ni ada PTSD sebab trauma dengan apa jadi pada team dia tapi isu ni macam tak difokus sangat macam mana Mika dapat sembuh dari PTSD sepenuhnya.

tapi secara keseluruhan masih kisah yang menarik untuk dibaca.

**MY RATING: 3.5 /5**

Post a Comment

0 Comments