The Hows of Us (2018) | Review Movie

The Hows of Us (2018) | Review Movie

Title : The Hows Of Us
Director : Cathy Garcia-Sampana
Screenwriter : Carmi Raymundo, Gilliann Ebreo, Crystal S. San Miguel
Release Date : 7 September 2018
Duration : 1 hour 57 minutes
Genre : Romance
Cast : Kathryn Bernardo, Daniel Padilla, Jean Garcia, Susan Africa, Darren Espanto,  Kit Thompson, Ria Atayde, Alwyn Uytingco, Juan Miguel Severo, Jessica Marasigan, Odette Khan

SYNOPSIS:
Story of couple Primo (Daniel Padilla) and George (Kathryn Bernardo) who are in a long-term relationship and are already building and planning their future together. Their love will be put to the test as their relationship faces hurdles, including misunderstands and different career paths. How will they save their "us"?

The Hows of Us (2018) | Review Movie

The Hows of Us katanya filem box office di Filipina, aku tengok filem ni pun kebetulan ada kat astro. Mengisahkan George (Kathryn Bernardo) seorang pelajar perubatan bertemu dengan Primo (Daniel Padilla) yang bercita-cita menjadi penyanyi terkenal.

Kerana kegigihan Primo mengorat dan selalu ada setiap kali George menghadapi kesusahan so George akhirnya menerima Primo dan mereka bercinta selama 7 tahun, satu tempoh percintaan yang panjang juga dalam usia yang muda.

biasalah di awal percintaan semuanya indah-indah belaka tapi kemudiannya berlaku konflik yang menyebabkan George dah penat nak teruskan hubungan mereka dan buat keputusan untuk berpisah.

The Hows of Us (2018) | Review Movie

Primo ni punya prinsip dia takkan buat kerja yang dia tak suka dan fokus untuk capai impiannya sebagai penyanyi. tapi selepas beberapa tahun masih belum lagi berjaya sampai ada bandmate dia berhenti untuk cari kerja yang ada income yang stabil.

waktu ni Primo makin tak terurus dan selalu mabuk endup George yang kena tanggung Primo dan dalam masa yang sama sibuk dengan pelajaran dia.

kemuncaknya impian George nak jadi doktor gagal bila dia tak dapat pergi exam gara-gara Primo buat perangai so time ni dia decide untuk putus dan Primo pula terus menghilang dari hidup George.

The Hows of Us (2018) | Review Movie

Dua tahun kemudian Primo kembali semula dan nak perbaiki semula kesilapan dan hubungan dia dengan George. kat sini ada konflik sikit, 

sebelum macik George meninggal dunia, dia serahkan rumahnya kepada George dan Primo dengan harapan Primo dapat jaga George dan rumah tersebut. so selepas apa yang berlaku George membuat keputusan untuk jual rumah tersebut dan bila Primo kembali dia ada share juga so dia tak setuju sebab rumah tu ada banyak kenangan mereka.

tapi lepas tu Primo setuju untuk jual bila tahu George tanggung perbiayaan adik dia yang sakit then adik pun ada permintaan untuk bertemu bapa mereka yang dah lama berpisah dan menetap di Amsterdam. so ada side story pasal adik George dan perjalanan mereka ke Amsterdam dalam masa yang sama perbaiki hubungan mereka.

The Hows of Us (2018) | Review Movie

jalan cerita filem ni nak highlight bagaimana pasangan tu nak hadapi cabaran bila berada dalam long term relationship. 

tapi secara realistiknya, aku tak suka watak hero dia..hahaha. cinta tu memang penting tapi duit tu lagi penting berapa ramai pasangan yang berpisah sebab ada isu kewangan. aku mengharapkan tempoh Primo menghilang tu dia akan kembali jadi lelaki yang lebih berjaya dan bertanggungjawab tapi cuma mindset dia je berubah sikit yang lain tu nothing. dalam filem ni juga nak tunjuk betapa lemahnya seorang perempuan bila terlalu mencintai seseorang.

bagi aku, watak Primo ni tak dikembangkan dengan baik. sepatutnya bila cintakan seseorang kau bangkit jadi seseorang yang bertanggungjawab dan fikir macam mana nak support impian pasangan kau. ini sembang kencang pasal cinta tapi tanggungjawab takde. so aku tertanya at the end adakah impain George untuk jadi seorang doktor akan berjaya sebab sebelum tertangguh gara-gara tak masuk exam sebab ending dia just nak cakap kalau mereka bersama datanglah ombak dan badai sekalipun mereka akan berjaya menghadapi cabaran tersebut. gitulah kesimpulannya.

Post a Comment

0 Comments