Drama : Andai Tiada Dia
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharudin
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 21 Oktober 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 36
Pelakon : Ummi Nazeera, Zahiril Adzim, Hisyam Hamid, Mimi Lana, Husna Mustafa, Lan Siro, Kodi Rasheed, Mia Nasir, Auni Yusri, Rosnah Johari, Mas Anizan, Rahim Omar, Riz Amin, Zarynn Min
Mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema untuk mempunyai zuriat, ditambah dengan konflik percintaan terlarang antara adik dan juga abang ipar, serta ketabahan seorang wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan.
Andai Tiada Dia sebuah drama terbaru di slot Megadrama Astro Ria menggantikan drama Uncle Boss Mama. Mula-mula tu malas nak melayan sebab dah pernah baca novel dia tapi terjebak pula bila barisan pelakon dia sangat mantap.
Baca juga : Review Novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya
Andai Tiada Dia mengisahkan Suri (Ummi Nazeera) yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Haikal (Hisyam Hamid). Perkahwinan mereka bahagia walaupun sering disoal isu anak oleh orang sekeliling mereka.
konflik mula tercetus apabila abang Haikal meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak bernama Luqman. Suri tekad untuk mengambil Luqman sebagai anak angkat walaupun Haikal tidak bersetuju. Rumah tangga mereka mula goyah apabila Haikal tergoda dan bermain cinta dengan Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri yang tinggal serumah dengan mereka.
Dalam drama watak Haikal ni kemain sampah dan minta maki, scene kat kubur yang dia berdendam dengan abang dia serius terkejut sampai aku belek balik novel dia sebab rasa macam tak ada scene macam ni dalam novel.
Dalam novel, watak Haikal seorang lelaki yang baik dan suami penyayang sebab tu dalam diam Intan terjatuh cinta dengan abang ipar dia dan cemburu dengan kakak sendiri. dan tiada konflik pun antara Haikal dengan abang dia. part Suri nak ambil Luqman anak angkat pun ramai yang menyokong dan Haikal pun bersetuju walaupun dia belum bersedia lagi nak jadi ayah. dalam novel, perangai Haikal ni mula berubah bila dia tak tahan dengan godaan adik ipar sendiri.
biasalah dalam drama terlebih dramatik pula bila kemain banyak halangan Suri nak ambil Haikal sebagai anak angkatnya pastu tak habis dok highlight watak penyondol a.k.a ipar adalah maut. pastu watak Suri pula macam lurus pula tak habis dok backup suami sendiri yang perangai pun hauk.
banyak pengajaran yang cuba disampaikan dalam drama Andai Tiada Dia dan masing-masing ada khilaf sendiri. macam watak Suri, terlalu fokus pada Luqman sampai suami sendiri pun terabai pastu dia sendiri yang buka jalan pada Intan yang selama ni tengah tunggu peluang je untuk goda Haikal.
Haikal pula tak pernah nak faham dan bantu isteri dalam menguruskan anak dan rumahtangga mereka tapi dalam drama ni, sis no komen wei sebab dari awal lagi watak Haikal ni memang sampah dan minta maki je dengan Intan ni.
kadang aku skip juga drama ni sebab meluat tengok scene Haikal dengan Intan tapi tak sabar nak tunggu hero kita, abang Falah yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim muncul dan jadi penyelamat Suri.
0 Comments