Drama : Uncle Bos Mama
Produksi : iFabulous Art Media & Event
Pengarah : Hadith Omar
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 9 September 2024
Episod : 24
Pelakon : Meerqeen, Ezzanie Jasny, Yusuf Bahrin, Putri Jannah, Syed Irfan, Duerra Mitilda, Qaiszerr Eshan, Farid Amirul, Wan Nor Azlin, Riz Amin, Elvina Chua, Zarina Zainoordin, Sharifah Shahora
Uncle Bos Mama diadaptasi dari novel Uncle Bos Mama karya Nurul Syahida mengisahkan Nailah Farafisha atau Fish (Ezzanie Jasny) yang terpaksa menjaga anak-anak buahnya; Nana (Putri Jannah), Aril (Syed Irfan), Nana (Duerra Mitilda) dan Faiq (Qaiszerr Eshan) setelah kakaknya meninggal dunia sementara abang iparnya bekerja di luar negara.
Kehidupan Fish agak kelam kabut apabila terpaksa menguruskan masalah anak-anak seorang diri sehingga prestasi kerjanya terjejas.
Josh (Meerqeen) yang merupakan bos Fish selalu mengamuk apabila Fish selalu lewat dan hilang pada waktu bekerja dan tidak percaya dengan alasan Fish yang mempunyai anak. Oleh disebabkan itu, Fish menggelarkan Josh sebagai bos dari neraka.
Haidir (Yusuf Bahrin) merupakan kawan baik Fish selalu membantu Fish menjaga anak-anaknya, dalam diam Haidir dan Fish saling jatuh cinta tapi tak pernah meluahkan perasaan mereka. Masalahnya, emak Haidir ni tak suka dengan Fish dan paksa Haidir terima calon menantu pilihannya.
seriusly Haidir ni agak annoying sebab dia suka Fish dalam masa nak jaga hati emak dia. pastu dia setuju suruh emak dia masuk meminang Aliya so time ni Fish pun give up dan frust menonggeng seorang diri.
Masalah bila Fish makin rapat dengan Josh mulalah Haidir ni nak cemburu bagai pastu mengungkit pula pasal pengorbanan yang dia dah buat pada Fish selama ni. annoying wei anak emak ni.
Josh pula bila tahu Fish ada anak mulalah rasa serba salah sebab selama ni dok mengamuk sampai pecat Fish tanpa percaya dengan penjelasan Fish. Untuk tebus kesilapannya, Josh cuba berbaik-baik dengan anak-anak Fish tapi bukan mudah juga nak menguruskan mereka yang ada banyak ragam dan idea membuli Josh.
Josh mempunyai konflik keluarga dan hidup bersendirian selama ini merasakan kehidupannya lebih bermakna dengan kehadiran Fish dan anak-anaknya. Josh kemudiannya jatuh cinta dengan Fish dan makin rapat dengan anak-anak Fish.
Fish pula yang selama ini memendam perasaan cintanya pada Haidir kecewa apabila Haidir bertunang dengan orang lain. Adakah Fish dapat menerima cinta Josh?
Apakah pengakhiran kisah Fish dan Josh? Saksikan kesudahannya dalam Uncle Boss Mama pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di Astro Ria 104.
1 Comments
Aduhh... dah lama tak tengok drama melayu.. dah la hero sekarang herlok benar... kalah hero korea
ReplyDelete