Review: Terompak Sana Tertukar Sini (Astro Warna)

Review: Terompak Sana Tertukar Sini (Astro Warna)

Telefilem : Terompak Sana Tertukar Sini
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Siaran : Astro Warna
Tayangan : 13 September 2024
Durasi : 1 jam 36 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Elly Mazlein, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Ibad Yaala, Putri Delynna, Kashfi Haiqal, Mandy Chong

Apabila Julia dan suaminya, Romi yang muflis dimaklumkan tentang kesihatan anaknya, mereka nekad untuk merompak demi mendapatkan dana namun insiden ajaib menyebabkan mereka tertukar badan. Romi terpaksa hadap drama kaum perempuan, Julia pula kena hidup jadi lelaki Berjayakah mereka menemui jalan kembali kepada badan asal mereka?

Mengisahkan Julia (Elly Mazlein) dan Romi (Zamarul Hisham) berkahwin atas dasar cinta. Selepas 10 tahun, rumah tangga mereka mula goyah dan mereka sering bertengkar.  Julia berhenti kerja sebagai ejen produk kecantikan selepas majikannya, Kumalakunti (Kartina Aziz) tidak adil dalam masalah yang dihadapi Julia dengan pelanggannya. Konflik rumah tangga mereka semakin buruk apabila Julia dapat tahu, suaminya juga sudah lama diberhentikan kerja dan kini mengganggur.

Syafiq (Kashfi Haiqal) cuba mencari jalan untuk menyatukan kembali ibu bapanya malangnya Syafiq ditimpa kemalangan dan memerlukan kos yang banyak untuk pembedahan segera. 

Julia dan Romi buntu untuk mencari wang untuk kos pembedahan anak mereka lalu Julia mendapat idea untuk merompak rumah bekas majikannya. Namun keadaan menjadi kelam kabut apabila Julia dan Romi tertukar badan.

Review: Terompak Sana Tertukar Sini (Astro Warna)

Overall, jalan ceritanya sangat simple tapi menghiburkan terutama sekali bila part Kak Lina Pom Pom dengan Zamarul Hisham tertukar badan. kelakar bila Kak Pom Pom jadi macho dan Zamarul Hisham jadi Kak Lina. 

Terompak Sana Tertukar Sini sebuah kisah tentang pasangan suami isteri yang dilanda konflik, bersatu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa anak kesayangan mereka. juga kisah tentang ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga anak-anak rasa terabai.

Post a Comment

0 Comments