Review: Sheriff: Narko Intergriti (2024)

Review: Sheriff: Narko Intergriti (2024)

Filem : Sheriff: Narko Integriti
Produksi : Skop Production
Pengarah : Syafiq Yusof
Penulis Skrip : Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof
Network : Netflix
Tayangan : 18 April 2024
Durasi : 134 minutes
Pelakon : Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Shaharuddin Thamby, Esma Daniel, Kamal Affandy Hashim

Review: Sheriff: Narko Intergriti (2024)

Sheriff: Narko Integriti mengisahkan Jabatan Narkotik yang berusaha menangkap tokan dadah terbesar, Tony Ifrit (Aaron Aziz) malangnya Tony selalu terlepas daripada hukuman kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Hal ini menyebabkan munculnya Meth Killer yang melakukan 9 pembunuhan yang semuanya berkait dengan Tony. Pihak atasan melantik Sheriff (Zul Ariffin) dari Jabatan Integriti dan Jennifer Wong untuk mencari Meth Killer. 

Review: Sheriff: Narko Intergriti (2024)

Sheriff percaya Meth Killer merupakan orang dalam Jabatan Narkotik sebab kesemua mangsa berkait dengan Tony dan cuma orang dalam yang boleh akses maklumat tersebut.

Inpektor Nazri (Syafiq Kyle) dan rakan-rakannya tidak puas hati apabila mereka menjadi target Sheriff dalam masa yang sama tugas mereka untuk menangkap Tony turut terganggu. Sheriff syak Naz adalah Meth Killer kerana menjumpai motif yang kukuh walaupun Naz mempunyai alibi yang kuat.

Review: Sheriff: Narko Intergriti (2024)

Jenny pula syak Syazlin (Azira Syafinaz) kerana Syazlin menjumpai Tuan Malik (Shaharudin Thamby) ketua jabatan Narkotik sebelum Tuan Malik dibunuh oleh Meth Killer.

Syazlin merupakan kakak Naz mula syak adiknya berkait dengan Meth Killer kerana terdapat beberapa benda yang mencurigakan dilakukan oleh Naz. Syazlin memberi amaran kepada Naz yang dia tidak teragak untuk menangkap Meth Killer walaupun ahli keluarga sendiri sebab perkara yang dilakukan oleh Meth Killer tetap salah dan negara mempunyai undang-undang untuk menjatuhkan hukuman pada Tony.

Review: Sheriff: Narko Intergriti (2024)

plot Sheriff menarik tapi agak tak best apabila identiti Meth Killer didedahkan terlalu awal kepada penonton so unsur saspen dah kureng sikit kat situ sebab Meth Killer watak penting dan sepatutnya pengarah biar penonton berteka-teki dan keliru antara identiti Meth Killer dengan tikus-tikus yang membocor maklumat sulit polis kepada Tony.

pastu watak Firdaus (Kody Rasheed) yang dikambinghitamkan oleh Meth Killer agak kesian sebab tak difokus dan dikembangkan dengan baik. kat penghujung scene polis bertempur dengan geng Tony agak kelam kabut juga sebab terlalu banyak watak nak di reveal kan pastu aku macam eh gitu je diorang mati sebab nak tunjuk scene perhitungan terakhir antara Sheriff dan tikus Tony yang terakhir. walau apapun not bad sebenarnya jalan cerita sebab pengarah bagi banyak plot twist yang menarik. 

Post a Comment

0 Comments