Review: Bukan Khadijah (TV1)

Review: Bukan Khadijah (TV1)

Telefilem : Bukan Khadijah
Produksi : Unit Drama TV
Pengarah : Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip : Che Li
Siaran : TV1
Tayangan : 30 Julai 2022
Durasi : 1 jam 45 minit
Pelakon : Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Esma Daniel, Yuyun Hikmah, Najua Nasir, Juita Johari, Puteri Rafasya, Adriana Qasmia, Shazman Isaac

SINOPSIS:
Mengisahkan penghijrahan seorang gadis berpewatakan kasar iaitu Khadijah yang menghidap penyakit Retrograde Amnesia berusaha mengutip cebisan memorinya hingga berjaya merungkai siapa dirinya yang sebenar.

Review: Bukan Khadijah (TV1)

Bukan Khadijah mengisahkan Khadijah (Shakilla Khoriri) yang hilang ingatan membuat keputusan untuk kembali ke kampungnya bersama suaminya, Azlan (Azrel Ismail) untuk mencari siapa dirinya yang sebenar.

Dari sini, Khadijah dapat tahu masa silamnya dan ibunya, Salmah (Laila Nasir) yang begitu membenci Khadijah sehingga bertindak menghalau Khadijah keluar dari rumah kerana satu tragedi hitam.

Khadijah buntu sama ada untuk mempercayai cerita ibunya sehingga kawan baiknya, Yati (Najwa Nasir) muncul dan memberitahu kisah sebenar.

Review: Bukan Khadijah (TV1)

actually Khadijah cuba melindungi adiknya, Rina (Yuyun Hikmah) dari menjadi mangsa seksual bapa tirinya, Baha (Sahronizam Nor) malangnya dia dituduh buat benda tak senonoh kat adiknya dan emaknya pula percaya cakap Baha.

dari pembacaan Khadijah percaya adiknya menghidap sindrom Stockholm tapi aku rasa penulis maybe kena research lebih pasal isu psikologi kat sini sebab bagi aku apa yang jadi kat Rina sebenarnya menjadi mangsa pedofilia bapa tirinya dan dari kecil kena grooming dengan Baha pastu Rina pula kanak-kanak istimewa memang dia ikut je lah apa yang Baha buat kat dia.

Review: Bukan Khadijah (TV1)

plot dan jalan cerita Bukan Khadijah nampak macam klise tapi kat hujung ni banyak betul plot twist yang menarik. bukan sahaja masalah si Baha ni tapi mak dia pun ada rahsia sendiri tapi tapi part yang paling mengejutkan dan aku tak expect adalah Azlan. speechless kejap aku dengan ending telefilem ni. kalau korang nak tahu rahsia Azlan tengoklah sendiri.


kesimpulannya yang aku boleh buat, punca semua masalah yang berlaku dalam cerita ni adalah bapa Khadijah punya hal. but overall, Bukan Khadijah sebuah telefilem yang menarik untuk ditonton dan banyak pengajaran yang cuba disampaikan.

Post a Comment

0 Comments