Isteri Lelaki Parasit by Ieya Sya | Review Novel

Isteri Lelaki Parasit by Ieya Sya | Review Novel

Tajuk : Isteri Lelaki Parasit
Penulis : Ieya Sya
Mukasurat : 511
Penerrbit : HA Novels Publication
Terbitan : 2024

Mengisahkan Izam yang mengambil Nur sebagai isterinya dengan tujuan untuk menjadi hamba abdi keluarganya dan sebagai bank duit dia juga. kesian Nur bila kena hadap perangai Izam dan keluarganya yang parasit 

Jalan cerita ebook ni best dan menarik juga sebab Nur ni digambarkan sebagai isteri yang naif dan mengikut semua telunjuk Izam dan keluarga tapi tapi Izam tak tahu yang Nur ni sebenarnya psiko dan bukan naif seperti yang disangka.

Selama setahun dia cuba bersabar tapi kemuncaknya bila tahu suami dia ada skandal pastu tak habis mengikis duit dia memang secara senyap Nur lancarkan perang dan ajar mereka seorang demi seorang. 

actually banyak kejutan pada watak Nur yang buat jalan cerita ni menarik dan best tengok cara dia balas dendam pada keluarga Izam. pengakhirannya Nur pilih untuk melepaskan dan cari kebahagiaannya cuma aku macam tak puas hati sebab part Haizir ni macam sikit sangat. overall, sis terhibur dengan jalan ceritanya.

**MY RATING: 4.0/5**

Baca juga:


Dalam dunia ni, nak hidup kena pandai. Buat apa susahkan diri kalau banyak perempuan bodoh di luar sana yang boleh digunakan? Tabur sikit kemanisan dan kasih sayang, cairlah mereka. Itulah pegangan Izam dan Nur berjaya dijadikan mangsanya.

Perkahwinan mereka baru hampir setahun, Nur percaya dia perlu terus bersabar. Dia perlu bersabar walaupun mulut ibu Izam bagai puaka. Kakak iparnya pula, asal bergaduh dengan suami, muncul di rumahnya. Dah tu, buat rumahnya berubah bagai tapak pelupusan sampah.

“Mak, bertahan sikit saja. Apa yang Kak Zu cakap tu betul. Nur dengan kucing kurap, Zam lebih hargai kucing kurap. Nur tu untuk dipergunakan saja. Kalau betul dia dah naik kepala, Zam tahu macam mana nak ajar dia supaya sedar yang langit tu tinggi.” - Izam

Lelaki parasit. Itulah gelaran terhebat yang boleh disandang oleh Izam. Bukan lelaki itu, malah seluruh keturunannya layak digelar parasit.

Izam bermegah fikirkan dia berjaya membodohkan Nur. Tanpa Izam sedar, Nur yang dia sangka polos itu hanya tertawa sinis.

Nur, isteri kepada lelaki parasit itu. Tapi ini bukan cerita tentang si lelaki. Tapi ini cerita tentang dia, isteri lelaki parasit.

Sayangnya, dia akan tikam habis-habisan sehingga ular sawa ni lepaskan dia. Sampai semua ‘ular sawa’ ni sedar mereka tak boleh menelannya kerana dia beracun.

Post a Comment

2 Comments