Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

Drama : Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Siaran : Astro Ria/ Sooka
Mula Tayangan : 1 Julai 2024
Episod : 24
Pelakon : Harissa Adlynn, Redza Rosli, Mikael Noah, Faye Kusairi, Aleza Shadan, Esma Daniel, Wanns Ahmad, Saidah Kamarudin, Idzham Ismail, Khaty Azean, Manan Sulaiman, Ku Farida, Omar Abdullah, Rasya Dean, Elvina Chua

masa trailer drama ni keluar dulu, aku ingatkan remake dari drama Cinderella yang dilakonkan oleh Ahmad Idham dan Haliza Misbun rupanya adaptasi dari novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah.

Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

Dedaun Hijau Di Angin Lalu mengisahkan Intan (Harissa Adlynn) seorang anak yatim dan tinggal dengan ibu saudaranya, Kamariah (Khaty Azean). kehidupannya agak tragis bila sering didera oleh Kamariah sekeluarga.

Orang kampung pun tak ambil kisah sangat dengan Intan kecuali Jamaliah (Faye Kusairi) dan keluarganya. Jamaliah membuat rancangan untuk membawa Intan pindah bersamanya ke Sarawak malangnya rancangan terpaksa dibatalkan kerana ibu bapanya meninggal dunia.

Episod derita Intan diteruskan apabila dia hampir dirogol tapi berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Assad (Redza Rosli) yang kebetulan berkhemah di pantai tersebut. Namun, mereka ditangkap basah dan Assad benci dengan Intan apabila dia terpaksa berkahwin dengan Intan. Assad membawa Intan ke Kuala Lumpur tapi status mereka sebagai suami isteri dirahsiakan dan dia memperkenalkan Intan sebagai pengasuh anaknya, Ismadi (Mikael Noah).

Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

kalau drama terbitan Siti Rosmizah memang malas nak letak expectation tinggi sebab jalan cerita dengan watak sepesen je. Walaupun novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu ditulis oleh Manaf Hamzah tapi macam sepesen je dengan cerita Siti Rosmizah yang lain. aku tengok drama ni sampai episod 11 pastu sakit kepala nak melayan sebab balik-balik pusing isu dan dialog yang sama, tak berkembang langsung.

watak Intan digambarkan sebagai gadis yang baik dan sabar walaupun diri sering menjadi mangsa fitnah orang kampung dan walaupun badan lebam kena hempuk dengan makcik dan pakcik dia. memang betul-betul penyabarlah orangnya pastu dapat suami pula perangai macam hawau, redha je si Intan ni.

yang si Assad ni nama je doktor tapi perangai langsung tak matang dan tak reti nak fikir rasional. tahulah ada trust issues dengan perempuan tapi itu bukan tiket kau nak maki Intan. dengan anak sendiri nak cemburu pastu balik-balik Intan juga jadi mangsa keadaan sebab perangai suami yang tak semenggah.

Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

dalam drama ni juga ramai betul watak toksik, daripada keluarga, kawan membawa kepada satu kampung kemain toksik. ada masalah hati ke apa diorang ni semua dok menjaja cerita Intan menggatal dengan lelaki padahal lelaki yang tergila-gilakan dia pastu bila tak dapat kau sebar pula cerita tak betul pasal Intan. eh apa masalah dengan lelaki dalam cerita ni? pastu yang tak faham, mak saudara Assad tergilakan Assad pula apa hal. walaupun tak ada ilmu agama tapi jangan nampak jahil sangat.


slot megadrama kat Astro ni rasanya macam dok ulang jalan cerita sama, tajuk je yang bertukar. sepanjang 11 episod aku tengok, memang meleret sangat jalan ceritanya tak nampak moral value nak disampaikan tapi kalau nak tahu keseluruhan jalan cerita better tunggu episod akhir je la tak pun baca novel dia.

Post a Comment

0 Comments