Pergilah Sayang by Marissa | Review Novel

Pergilah Sayang by Marissa | Review Novel

Tajuk : Pergilah Sayang
Penulis : Marissa
Mukasurat : 372
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Jun 2024

Kisah Fatihah yang dicurangi oleh suaminya, Khairul lalu dia mengambil keputusan untuk bercerai. Susah juga Fatihah nak jauh suaminya sebab bekerja dalam satu syarikat pastu isteri Khairul juga satu syarikat walaupun lain department so kisahnya tak habis bila asyik dengar kisah rumahtangga Khairul pastu kena serang pula dengan isteri Khairul yang selalu tak puas hati dengan dia.

Percutian Fatihah ke Dalat menemukan dia dengan Mustaza dan hubungan mereka semakin rapat apabila pulang ke Malaysia.

Pergilah Sayang by Marissa | Review Novel

aku selalu follow buku penulisan Marissa dan sejujurnya buku ni bagi aku sangat klise pastu recycle je plot dan jalan cerita dari buku sebelum ni. so ada part macam eh macam aku pernah jumpa scene ni tapi di mana ye? sayang bila penulis berpengalaman ambil pendekatan untuk duduk dalam comfort zone dan keluarkan jalan cerita yang lebih kurang sama je setiap tahun.

Fatihah sebagai watak utama agak annoying kononnya dia terpaling baik terpaling tersakiti pastu dok membawang pasal bekas suami dekat ofis. konon nak move on tapi bekas suami call kau melayan pastu kau menyampai pula cerita kat bekas kakak ipar konon nak suruh tegur. pastu bila bini orang tu datang serang, kau stress pula terkait dengan masalah rumah tangga orang padahal kau juga problem! eh-eh sakit hati pula kita dengan perangai minah ni. 

kalau betul nak move on keluar je dari circle toksik dan jauhkan dari bekas suami kau punya surrounding walaupun terpaksa cari kerja lain. tapi itulah heroin punya perangai pun hurmmm nyampah aku wei! 

seriuslah aku main selak je sebab penat baca kisah yang sana-sini ada masalah hati, aku rasa yang ok pun hero dia Mustaza. bagi aku better fokus pada kisah hero dan heroin daripada dok ulang dialog yang sama dengan watak toksik. aku baca novel sebab nak santai tenangkan fikiran bukan semakkan kepala dengan cerita toksik macam ni.

**MY RATING : 2.0 /5**

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments