ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’

ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’

Astro mempersembahkan dua adaptasi drama Jepun pertama yang pernah memenangi anugerah, menandakan pencapaian penting dalam barisan kandungannya sebagai peneraju industri hiburan. Drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ akan ditayangkan bermula 12 Ogos 2024, diikuti dengan drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ pada 25 September 2024, menawarkan penceritaan yang menarik serta watak-watak yang menawan. Kedua-dua drama ini akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104), destinasi penggemar drama dengan naratif yang unik serta mencabar.

Kedua-dua drama adaptasi ini memaparkan jalan cerita yang berbeza. ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ mempunyai penceritaan komedi romantik yang merupakan drama pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri ‘Keterangan Audio’ kepada para penonton, manakala ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ menyelidik misteri pembunuhan psikologi yang penuh dengan saspens.

ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu, Antarabangsa, Kanak-Kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, “Astro sentiasa mencari peluang untuk mencipta kandungan berdasarkan watak dan jalan cerita yang unik untuk menjangkaui jangkaan para pelanggan kami yang menginginkan penceritaan yang lebih menarik pada nilai pengeluaran yang tinggi. Drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ dan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ mengekalkan elemen penting yang telah menjadi faktor kejayaannya di antarabangsa dengan sentuhan budaya tempatan untuk menepati citarasa penonton Malaysia kami. 

Dengan pengubahsuaian jalan cerita drama-drama ini untuk lebih dekat dengan budaya tempatan serta menampilkan bakat-bakat tempatan terkemuka dan juga yang meningkat naik, kami berhasrat untuk terus menarik perhatian pelanggan kami dengan menyediakan lebih banyak cara untuk menonton drama-drama terkenal global melalui konteks tempatan, ungkapan dan kreativiti yang sesuai.”

ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’

‘Dari Mata Turun Ke Hati’ merupakan adaptasi daripada manga popular “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Uoyama terbitan Kadokawa Corporation, dan ia mengisahkan Jai, seorang samseng yang jatuh cinta dengan Iris Sofea, seorang gadis yang tidak sempurna penglihatannya.

Walaupun mengharungi pelbagai cabaran disebabkan oleh kelemahan masing-masing, drama ini mempamerkan keindahan ketidaksempurnaan yang hanya dapat dirasai dengan kehadiran cinta dan kesetiaan antara satu sama lain.Ciri ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan menerusi drama ini khas untuk mereka yang mempunyai penglihatan yang terhad. Para penonton hanya perlu memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu dan tekan ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ di TV atau menerusi On Demand. Ciri ini bertujuan untuk menjelaskan elemen-elemen visual penting dalam penceritaan drama ini untuk memastikan semua para penonton dapat menikmati drama ini dengan sepenuhnya.

ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’

Membawa genre yang lebih berat dan sulit, drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ memaparkan sebuah insiden di dalam satu kelas di antara Cikgu Hiragi dan para pelajarnya demi membongkar misteri kematian salah seorang pelajarnya. Penceritaan drama ini menekankan kepentingan penggunaan media sosial dalam kehidupan dan keburukannya jika disalahgunakan.

Kedua-dua drama adaptasi ini merupakan penerbitan daripada Juita Viden Sdn Bhd, serta diarahkan oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang. Barisan pelakon daripada kedua-duanya turut menampilkan gandingan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Arabella, Evertts Gomes, Azri Safix, Qistina Rania, Arena Lieya dan ramai lagi.

ASTRO TAMPILKAN DUA ADAPTASI JEPUN PERTAMA, ‘DARI MATA TURUN KE HATI’ DAN ‘KELAS TAHANAN CIKGU HIRAGI’

‘Dari Mata Turun Ke Hati’ dan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Post a Comment

0 Comments