Update Bulan Julai. Apa Cerita?


bila tengok bilangan post bulan ni macam hurmm sadisnya tahap kemalasan tu. tak boleh nak cakap apa sebab mood dua bulan lately ni agak ke laut. aku tak ada mood nak baca novel, tak ada mood nak tengok drama dan walaupun ada benda nak update tapi malas nak menulis. antara faktor lain view blog yang jatuh merundum plus kita jadi makin tak semangat bila adsense pun jatuh teruk.

Nak kata aku stop untuk blogging tak juga sebab balik pada misi dan visi asal aku buat blog dulu untuk keep track drama dan novel sebab aku ni mudah lupa bila terlalu banyak sangat tengok drama so blog sendiri juga sumber rujukan untuk cari balik pasal drama yang aku dah tengok.

so update bulan julai;


aku terjebak dengan My Sweet Mobster. aku dah jarang tengok kdrama yang rom-com sebab cringe sangat tapi cerita ni hahaha walaupun hero dia tak hensem tapi pelakon senior kan, dia punya acting dan aura tu daebak. pacik ni selalu berlakon citer serius dan ganas sekali bila beralih genre tu rasa comel sangat, dah la in real life Uhm Tae Goo ni introvert + pemalu giler. bila scene romantik tu aishh sis pun tak boleh imagine dia punya feeling lepas cut tu.


Siri Nirnama by Hilal Asyraf, lama juga mengidam buku ni tapi tak terbeli bila penulis buka preoder kita pun terjebak beli juga sebab boleh dapat harga lagi murah.

disebabkan aku tengah fasa reading slump, aku paksa juga baca buku ni tiap malam at least satu bab setiap malam walaupun kadang tu tak sampai pun satu bab. rasanya dari dapat buku awal bulan hari tu, aku baca tak sampai separuh lagi. ok la at least ada juga progress walaupun slow macam siput. 

menarik jalan ceritanya, gaya bahasa yang digunakan sangat klasik dan tertib macam watak dia. kalau baca Bagaikan Puteri boleh tercrush teruk dengan Laksamana Sunan, aku tak tahulah bila habis baca buku ni macam mana pula tahap delulu dengan Nirnama.


berita gembira juga 2NE1 akan comeback.
eh tiberr..

doakan semoga diberi kerajinan untuk menulis.
okla bye 😅

Post a Comment

4 Comments

  1. Biasanya malas ni datang bermusim. 😁

    ReplyDelete
  2. Betul, kadang CCL pun hilang mood nak menulis kadang ketandusan idea ..

    ReplyDelete
  3. Nirnama tu dah baca.. Memang best.. Betul-betul menarik jalan cerita dia..
    Semoga kembali bersemangat membaca dan bebrlog..
    My Sweet mobster tu akak tengok klip pendek-pendek je..

    ReplyDelete