The Hunter by Missdiyyah | Review Novel

The Hunter by Missdiyyah | Review Novel

Tajuk : The Hunter
Penulis : Missdiyyah
Mukasurat : 592
Penerbit : DY Escritor Publication
Terbitan : Oktober 2022

Perkahwinan Tihani Arissa dan Zufar Emiir diaturkan oleh nenek Tihani, walaupun saling tidak mengenali masing-masing menerima perjodohan tersebut.

Tihani berjaya mencipta nama sebagai pereka fesyen terkenal tapi mula mengasingkan diri dari dunia luar kerana rasa bersalah atas kematian adik perempuan. ibu bapanya juga menyalahkan Tihani kerana tidak menjaga adiknya dengan baik.

Zufar pula seorang lelaki misteri mempunyai empayar perniagaan yang besar hasil perninggalan ibu bapanya. Dalam diam, Zufar menyiasat dan mencari dalang yang telah merancang pembunuhan ibu, bapa dan adik perempuannya.

The Hunter by Missdiyyah | Review Novel

plot dan jalan cerita The Hunter sangat menarik, tentang Zufar yang juga pernah menjadi ejen perisikan SIC yang terkenal dengan gelaran The Hunter. banyak persoalan menarik yang dibangkitkan dan buat aku tak sabar nak tahu siapa pembunuh yang menggunakan identiti Q, misteri pembunuhan keluarga Zufar dan apa kaitan kematian adik Tihani dengan kes pembunuhan tersebut.

cuma bagi aku kekurangan buku ni adalah dari segi emosi dn perwatakan setiap watak yang tak create dengan baik. banyak watak di keliling Zufar, kawan-kawan seperjuangan dia. masalahnya aku tak boleh nak beza setiap watak ni sebab aku rasa semua watak macam sama je, takde something atau detail yang special untuk kita bezakan setiap watak tambahan yang ada. sampai kesudah aku tak boleh nak cam setiap watak ni.

tak sure sama ada ini buku penulis yang pertama atau tak tapi banyak potential penulis ni sebab dia ada banyak idea yang fresh juga, plot disusun dengan baik cuma perlu perbaiki lagi dari segi penulisan. so overall, nice story.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ /5**

Post a Comment

1 Comments

  1. Buku pertama penulis kot.. Semoga lebih baik untuk buku akan datang..

    ReplyDelete