The Double (2024) | Review Drama

The Double (2024) | Review Drama

Title : The Double
Director : Bai Yun Mo, Lu Hao Ji Ji, Ma Shi Ge
Screenwriter : Ren Ya Nan
Network : Youku, Netflix
Release Date : 2 June 2024
Episodes : 40
Duration : 50 minutes 
Genre : Historical, Revenge
Cast : Wu Jin Yan, Wang Xing Yue, Chen Xin Hai, Liang Yong Qi, Li Meng, Joe Chen, Sue Ke, Ai Mi, Liu Xie Ning, He Feng Tian, Wang Zi Rui, Wang Le Fu, Pan You Cheng

It tells the story of Xue Fang Fei, the daughter of a well-off county magistrate who lost everything after a major upheaval. Saved by Jiang Li, the daughter of the Secretariat Director, she took on the identity of Jiang Li and returned to the capital. With the help of Duke Xiao Heng and others, she overcame numerous hardships, tirelessly fought against injustice, rescued her father, who had been wrongly imprisoned, assisted Xiao Heng in upholding justice, and protected the common people.

The Double (2024) | Review Drama

Mengisahkan Xiao Fang Fei/ Xue Li  (Wu Jin Yan) anak kepada pengawal majistret  yang jatuh cinta dan berkahwin dengan Shen Yu Rong (Liang Yong Qi) walaupun dibantah oleh bapanya. Xue Li support  Shen Yu Rong dari tiada apa sehinggalah suaminya berjaya dalam peperiksaan kerajaan dan menjadi menteri. 

Kisah tragis Xue Li bermula apabila difitnah curang oleh ibu mertua dan adik iparnya. tapi paling Xue Li tak sangka suami sendiri yang khianat dia dan terkejut bila tahu suaminya juga yang merancang pembunuhan bapa dan adiknya dan kini mahu menghapuskannya.

The Double (2024) | Review Drama

Sebenarnya Princess Wanning (Li Meng) dah berkenan dengan Shen Yu Rong dan mahu mengawal lelaki ini sepenuhnya lalu diperintahkan Shen Yu Rong membunuh isteri sendiri.

gosip Xue Li curang dan mati seawaktu melarikan diri dengan kekasihnya adalah untuk menutup kejahatan dan kekejaman Shen Yu Rong dan Princess Wanning. ramai yang bersimpati dengan nasib Shen Yu Rong pastu puji mamat ni lagi sebab setia dan masih lagi mahu terima isteri curang dengan melakukan upacara pemakaman Xue Li.

The Double (2024) | Review Drama

Xue Li diselamatkan oleh Jiang Li (Yang Chao Yue), anak seorang bangsawan yang dibuang keluarga selama 10 tahun kerana dituduh penyebab ibu tirinya keguguran. Malangnya Jiang Li meninggal dunia kerana teruk didera gara-gara mahu membantu Xue Li.

Xue Li rasa terhutang budi dengan kebaikan Jiang Li dan oleh kerana itu, dia menggunakan identiti Jiang Li untuk membalas dendam dan membela nasib Jiang Li yang ditindas keluarga sendiri selain membersih nama baiknya.

The Double (2024) | Review Drama

Duke Su/ Xiao Heng (Wang Xing Yue) merupakan orang kuat maharaja yang menyiasat pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan rancangan menggulingkan kerajaan. Duke Su secara tidak sengaja bertemu dengan Jiang Li ketika mahu menangkap penjenayah. 

Dari awal lagi dia tahu identiti Jiang Li walaupun wanita ini tidak mengaku sebab dia pernah terjumpa Xue Li sebelum ni. Duke Su tertarik dengan Jiang Li sebab Jiang Li ada motif tersembunyikan menggunakan dia untuk kembali kepada keluarga Jiang Li.

so dia macam enjoy tengok apa Jiang Li cuba lakukan dalam misi membalas dendam tersebut selain dalam diam cuba membantu dan protect Jiang Li dari musuhnya.

The Double (2024) | Review Drama

Madam Ji (Joe Chen) luarannya nampak seorang yang baik tapi penuh dengan agenda jahat. secara perlahan dia berjaya mengawal bapa Jiang Li dan membuang Jiang Li. kalau boleh dia nak anaknya dapat hak istimewa daripada Jiang Li yang merupakan anak dari isteri yang sah.

actually aku geram juga dengan bapa Jiang Li bulat-bulat percaya bini muda yang acah-acah baik. tak ke bodohkah kau percaya anak sendiri yang baru berusia 8 tahun ada dendam dan cuba membunuh Madam Ji. dek termakan hasutan bini muda tergamaklah bapanya buang anak sendiri selama 10 tahun.

bila Jiang Li kembali semula ke pangkuan keluarnya, Madam Ji memang tak senang hati dan cuba cari jalan untuk menghapuskan Jiang Li sekali lagi tapi nasib baiklah Xue Li bijak nak handle Madam Ji. berjayakah Xue Li membalas dendam bagi pihak Jiang Li?

The Double (2024) | Review Drama

The Double antara chinese drama yang berjaya dapat rating yang tinggi dan sangat popular untuk tahun ini. bagi aku, jalan ceritanya menarik sebab watak heroinnya nampak cerdik dalam menjalan misi membalas dendamnya. permulaan cerita memang exciting tapi lepas separuh jalan nak hampir 20 episod seriusly aku tak boleh masuk dengan drama ni.

firstly sebab jalan ceritanya terlalu fokus pada misi heroin membalas dendam dan bila dah masuk part politik aku tak minat sangat. cerita ni macam dua darjat juga sebab tak habis nak mention pasal darjat keluarga siapa paling tinggi. dah nama bangsawan tu bersyukur je lah, ini bangsawan pun kerek kat bangsawan lain yang tak sama taraf. pastu banyak giler watak jahat  dia wei, stress aku sebab masing-masing penuh agenda jahat sendiri. macam keluarga Jiang sendiri bukan mak tiri dia je jahat, adik tiri dan cousin dia pun tak habis busuk hati pastu tunang adik tiri lagi. pendek cakap, nak capai satu-satu matlamat tu, banyaklah dugaan dan cabaran yang Jiang Li nak kena tempuh. 

walaupun ramai yang bagi komen positif tapi bagi aku jalan cerita best awal-awal je pastu plot dia dah makin serabut bila dah sampai pertengahan cerita. cuma satu benda yang aku suka, lakonan barisan pelakon dia terutama sekali hero dia, Wang Xing Yue sebab slay habis bawa watak Duke Su walaupun dia antara pelakon yang paling muda dalam drama ni.

Post a Comment

0 Comments