Danraya by Sasasera | Review Novel

Danraya by Sasasera | Review Novel

Tajuk : Danraya
Penulis : Sasasera
Mukasurat : 729
Penerbit : Sasasera Legacy
Terbitan : April 2022

Danraya ada dua versi, yang aku baca ni versi ebook. walaupun tajuk dia Danraya tapi cerita dia bukan mengenai suasana hari raya tapi watak Hilmadani dan Darayana.

Mengisahkan Darayana atau Raya yang dapat tangkap tunangnya, Hazril. so tanpa ragu dia terus berdepan dengan penyondol ni dan putuskan pertunangannya dengan Hazril. tapi Hazril ni tak puas hari dan cabar Raya, kalau dalam tempoh dua tahun Raya tak kahwin so Raya kena kahwin dengan dia. psiko juga kan mamat ni.

Selepas dua tahun, Raya balik ke kampung arwah bapanya dan tinggal di villa milik keluarga mereka dan disinilah terjadi pertemuan Raya dengan Hilmadani atau Dan. dari bergaduh jadi kawan baik, dalam tempoh tersebut juga Raya berubah dan belajar mendalami agama. Dan ni pula nampak macam selekeh je tapi sebenarnya seorang usahawan yang berjaya.

Dipendekkan cerita Raya ajak Dan kahwin sebab tak tahan dengan gangguan bekas tunangnya yang gila talak. Dan pun setuju dan sepanjang lima bulan pertama, perkahwinan mereka sangat bahagia. Raya pun terjatuh cinta dengan suami sendiri sebab Dan layan dia baik macam permaisuri tapi dia pelik kenapa Dan tak pernah luahkan perasaan padanya. so konflik dalam novel berlaku apabila Raya mengetahui tentang cinta lalu Dan dan sebab kenapa Dan berkahwin dengan dirinya.

Danraya by Sasasera | Review Novel

Dan ni pada permulaan cerita nampak seorang lelaki yang baik dan perfect. aku pun terhibur juga bila part Dan dan Raya bertekak setiap kali berjumpa pastu tup-tup boleh jadi kawan baik. cumanya salah Dan ni tak boleh move on dari cinta dan masa lalunya, sehingga tak sedar ayat dia dah melukakan hati orang tersayang. pastu bila isteri dah tawar hati barulah nak gelabah dan tersedar perasaan cinta pada isterinya then menyesal dan cuba pujuk balik sang isteri.

Nampak dari blurb macam Raya yang kejam dan ego tapi itulah bila terluka dan kepercayaan pada suami dah hilang memang susahlah nak maafkan. pendek cakap lelaki yang salah, Dan yang salah tapi kesian juga dengan Dan..haha. pastu ada juga gangguan dari orang luar yang cuba memburukkan lagi keadaan mereka berdua tapi watak jahat takdelah terlalu interframe sangat.

Overall, jalan ceritanya menarik, siapa suka cerita yang sweet pain boleh try baca Danraya.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ /5**

Post a Comment

0 Comments