Title : Hudutsuz Sevda (Boundless Love)
Release Date : 21 September 2023
Episodes : 34
Cast : Deniz Can Aktas, Miray Daner, Asuman Dabak, Burak Sevinç, Burak Sergen, Cagla Irmak, Emre Bulut, Mehmet Korhan Firat, Tevfik Erman Kutlu
Halil Ä°brahim Karasu, who returns to the Black Sea village of his birth. Halil was forced to flee when he was just five years old after his father was murdered by the local crime boss Rızvan Leto. Twenty years later, Halil came home to marry his childhood sweetheart, Yasemin. But when Rızvan’s son murders Yasemin, his mission takes on a whole new direction: Halil becomes a one-man army with the sole purpose of destroying Rızvan Leto.
Hudutsuz Sevda/ Boundless Love cerita mafia tentang persengketaan yang berlaku antara dua keluarga dan pembalasan dendam mengisahkan Halil Ibrahim (Deniz Can Aktas) yang pulang ke kampung halamannya setelah 20 tahun menetap di Istanbul untuk berkahwin dengan cinta hatinya, Yasemin.
Kepulangan Halil Ibrahim tidak disenangi oleh Keluarga Leto sebab Halil anak kepada lelaki yang dibunuh mereka. Mereka takut Halil balik untuk membalas dendam.
Konflik bermula apabila Tarik, anak lelaki keluarga Leto tergila-gilakan Yasemin. bila dia tahu Yasemin kahwin lari dengan Halil mengamuklah dan terus dibunuhnya Yasemin bila dapat jejak mereka. Halil pula bertindak membunuh Tarik atas perbuatan kejam pada isterinya.
Halil kemudiannya menyembunyikan diri dari pihak polis dan keluarga Leto yang giat memburunya, dalam masa yang sama Halil merancang untuk membalas dendam pada keluarga Leto dengan bantuan kawan-kawannya yang setia.
Zeynep (Miray Daner), anak perempuan keluarga Leto yang baru sahaja pulang ke Black Sea selepas lama menetap di Amerika. Zeynep pernah berkahwin baik dengan Halil dan kawan-kawannya waktu sekolah dulu dan menyimpan perasaan pada Halil.
Zeynep tak bersetuju dengan tindakan abang tirinya, Tarik yang mahu memaksa Yasemin menerima pinangannya dan dia cuba membantu Halil dan Yasemin malangnya Zeynep menjadi saksi pertumpahan darah yang berlaku.
Dalam masa yang sama, Zeynep juga tak bersetuju dengan keputusan keluarga yang mahu menjodohkannya dengan Levent. Bapanya tetap berkeras mahu dia berkahwin dengan Levent walaupun perangai Levent macam hawau dan kaki pukul. Oleh sebab itu, Zeynep dalam diam membantu Halil Ibrahim dan membuat kerja gila dengan menyuruh Halil menculik dirinya pada hari perkahwinannya.
Konflik dalam drama ni bukan sahaja mengenai dendam berdarah antara Halil Ibrahim dan keluarga Leto tapi dalam keluarga Leto juga ada konflik dalaman tersendiri. Rizvan Leto mempunyai dua orang isteri. Nedim, isteri pertama yakni ibu kepada Zeynep seorang ibu yang penyayang dan bersabar. bonding Zeynep dengan abang dan adiknya sangat kuat.
Manakala isteri kedua pula iaitu Asiye suka mengawal keadaan dan mahu semua benda berjalan mengikut kehendaknya. boleh dikatakan semua masalah berpunca dari macik mulut longkang ni. actually adik dia yang bunuh ayah Halil. pastu anak saudaranya semua nak dikahwin dengan anak Nedim. Levent yang perangai bangsat tu pun anak saudara dia juga.
pastu bapa Zeynep boleh nampak berat sebelah dan tak habis ikut cakap bini nombor dua. sanggup gadai kebahagiaan anak perempuan sendiri disebab Asiye. seriusly watak Asiye dendan cara dia bercakap paling annoying.
Halil Ibrahim dan rakan-rakanya akhirnya ditangkap oleh pihak polis tapi dibebaskan sebab Zeynep tarik balik report yang dibuat keluarganya dan beritahu dia yang merancang penculikan dirinya sendiri. pihak polis juga tiada bukti untuk sabitkan Halil sebagai pembunuh Tarik.
Watak Halil pada awalnya agak misteri juga, keluarga Leto pun terkejut dengan kemampuan Halil untuk membunuh geng yang dihantar oleh keluarga Leto rupa-rupanya Halil ni bekas komando. Oguz, detektif menyiasat kes tersebut pula sebenarnya buddy Halil waktu dalam tentera dulu.
Tanpa pengetahuan sesiapa, Halil dan Oguz saling bekerjasama dan menukar maklumat untuk mencari bukti kegiatan haram yang dilakukan oleh keluarga Leto.
konflik dalam keluarga Leto semakin teruk apabila berlaku pertengkaran dan Zeynep secara tidak sengaja tertembak Asiye. Rizwan pula membuat keputusan untuk menghantar Zeynep ke Amerika semula dan melarang Zeynep pulang bagi tempoh beberapa tahun untuk menjaga keharmonian keluarga mereka.
Sebelum berangkat, Zeynep pergi berjumpa dengan Halil dan memberitahu hal tersebut. Dalam tengah bersedih tu, Zeynep tiba-tiba minta Halil berkahwin dengannya then Halil setuju so mereka pun berkahwin menyebabkan Rizvan bertambah marah bila musuh ketat keluarga mereka kini menjadi menantunya.
Secara perlahan, Halil Ibrahim cuba dapatkan kembali hak atau tanah milik keluarganya yang dirampas oleh keluarga Leto dulu cumanya plan berkahwin dengan Zeynep mungkin bukan dalam rancangannya.
Walaupun telah berkahwin, mereka bersetuju untuk kekalkan hubungan mereka sebagai kawan tapi Halil ni maybe tak sedar yang dia sebenarnya dah jatuh hati dengan Zeynep. setiap permintaan Zeynep mesti dia turuti sebab tak boleh tengok Zeynep sedih atau tersakiti.
drama turki kalau buat cerita pasal mafia mesti best, asalnya aku nak tengok sikit sebab Halil Ibrahim tapi sangkut juga layan sebab plot dan jalan ceritanya agak menarik walaupun serabut sikit sebab banyak sangat subplot dan watak. hero dia memang hensem, bila senyum tu sis cair wei. ok crush baru kita..haha
selain jalan cerita, watak hero dan heroin develop dengan baik dan chemistry Halil dan Zeynep memang mantap. suka tengok cara mereka berdua take care dan protect each other. aku baru tengok 10 episod, penat juga nak sampai episod 34 tu tapi apa yang aku boleh komen jalan ceritanya agak menarik plus watak Halil ni penuh kejutan sebab tak boleh nak jangka dia punya tindakan.
0 Comments