Tajuk : Pengantin Tanpa Isteri
Penulis : Aleya Aneesa
Mukasurat : 375
Penerbit : Alnesa Publication
Terbitan : Mei 2024
Mengisahkan Ariq dan Qina berkahwin atas dasar cinta malangnya ketika usia perkahwinan masuk hari ke-7, Qina tiba-tiba menghilangkan diri tanpa jejak. Ariq sedih dan kecewa kerana tidak tahu alasan Qina bertindak demikian. 7 tahun kemudian, Ariq berjaya menjejaki Qina dan Qina kemudiannya bekerja dibawahnya. Ariq tidak mahu tahu alasan Qina meninggalkan tapi memilih untuk membalas dendam pada Qina dengan terus menyakiti isterinya.
Jalan ceritanya menarik juga tapi benda yang aku curious giler kenapa Qina tinggalkan Ariq, kalau kahwin paksa tu tak heran sangat. yang si Ariq ni pula aishh menyakitkan hati betul, tahulah dia terpaling tersakiti tak habis nak cari pasal dan sakitkan hati Qina tapi takkan kau tak nak tahu kenapa bini kau tiba-tiba menghilangkan diri.
rahsia dia tu hurmm agak dark la juga sebab tanpa Ariq dan Qina tahu sebenarnya keluarga mereka ni ada kaitan dan terkesan dengan satu tragedi hitam. so rahsia apa itu, silalah baca sendiri..haha
so aku boleh komen jalan cerita dia tu agak klise lah tapi benda menarik sebab nak tahu rahsia Qina cuba sembunyikan dari Ariq.
**MY RATING: 3.0/ 5**
MENINGGALKAN Ariq ketika masih bergelar pengantin baru, bukan mudah untuk Qina kerana dalam setiap hembusan nafasnya, ada Ariq. Tapi kerana dia tak punya pilihan, dia akur walau hati pecah berkeping-keping.Sedangkan Ariq yang ditinggalkan Qina tanpa pesan, tanpa alasan, hampir gila mencari jawapan. Tak percaya Qina pergi ketika usia perkahwinan mereka baru tujuh hari, padahal Qina kata cinta.Tujuh tahun masa berlalu, cemuhan dan sendaan yang datang tak mampu Ariq hadam sempurna. Yang meninggalkannya itu, Qina tapi yang dihukum kerana ditinggalkan itu, dia. Lalu diam-diam, dia menjahit luka sendiri.Namun seiring masa berlalu bila Qina terus sepi, rasa cintanya bertukar benci. Lantas sang isteri yang hilang di malam gelita, mula diburu. Misinya hanya satu, tukar senyum Qina jadi air mata, gembira Qina jadi derita.“Masa gembira dan bahagia kau dah tamat sebab aku tak akan biarkan kau hidup tenang lepas ni.” – ARIQ“Bunuh ajelah aku ni. Puaskan hati kau yang penuh dendam sejak tujuh tahun lalu!” – QINASedar silap sendiri, Qina hanya menerima walau hati luluh. Isteri pendosa sepertinya memang layak dihukum kejam. Hanya saja bila kewujudan Eyad, anak yang dirahsiakan daripada pengetahuan Ariq terbongkar, dia nanar.“Qina nak cerai. Rasanya inilah masa yang paling tepat untuk kita bawa haluan masing-masing abang.” – QINA“Boleh tapi serahkan dua-dua anak kita pada abang.” – ARIQSyarat Ariq, Qina tentang berani. Eyad itu semangat untuk dia bertahan hidup. Anak yang yang bakal lahir, hasil kebencian Ariq itu pula semangat untuk dia melangkah ke hadapan. Dipotong kecil pun, tak akan diserahkan pada Ariq.Saat rahsia kehilangan Qina tujuh tahun dulu terungkai, benci Ariq makin menyala. Alasan anak tak lagi mampu menjadi pendamai sekeping hatinya yang telah rosak.Dan apa yang Qina takutkan... terjadi juga. Ariq tak mungkin dapat menerima dirinya, seadanya dia. Lelah! Qina nekad pergi sekali lagi. Kali ini dengan pengetahuan Ariq. Kali ini untuk selama-lamanya. Cintanya untuk Ariq, dia tinggalkan. Rindunya untuk Ariq, dia buang.Tekadnya hanya satu, ingin hidup baik-baik dengan anak-anaknya. Jauh, tanpa Ariq!
0 Comments