It's You by Acik Lana | Review Novel

It's You by Acik Lana | Review Novel

Novel : It's You
Penulis : Acik Lana
Mukasurat : 664
Penerbit : Booku Enterprise
Terbitan : 2022

It's You mengisahkan Jhia yang menjadi saksi pembunuhan bapa saudaranya kemudiannya dia diculik oleh ketua mafia tersebut iaitu Zayn alasannya Zayn sudah terjatuh cinta dengan Jhia. Jhia dibawa lari ke sebuah pulau, pelbagai cara dilakukan oleh Jhia untuk melarikan diri tapi tidak berjaya.

Jhia meminta bantuan Lutfan, orang kanan Zayn tapi lelaki itu seorang yang sangat setia sehinggalah konflik berlaku dalam kumpulan Zayn menyebabkan Lutfan tekad untuk berpaling tadah dan membawa lari Jhia dari pulau tersebut.

bagi aku benda yang turn off sikit dalam novel ni watak Zayn, nama je ketua mafia, gangster tapi alahai kenapa macam kurang cerdik sangat. Disebabkan tergilakan seorang perempuan, habis hancur empayar yang dibinanya selama bertahun. dek kerana termakan hasutan orang bawah juga, dia boleh curiga dengan Lutfan padahal Lutfan ni yang naikkan kumpulan dia. pastu yang kelakar, dia boleh terlupa dokumen penting yang Lutfan pegang memang macam menjerut diri sendiri bila si Zayn cuba bunuh orang penting dalam kumpulan dia.

overall, jalan ceritanya agak menarik, kisah gelap tentang dunia mafia, ada aksi dan banyak misteri dan sejarah silam di sebalik watak Lutfan dan Jhia. Watak Lutfan ni walaupun tak romantik tapi for me, sweet la sebab dia sangat protective dan setia. cara dia protect Jhia tu, sis cair..haha

**MY RATING : 3.8 /5**

Bayangkan bagaimana rasanya bila menjadi saksi pembunuhan bapa saudara sendiri di depan mata. Bukan itu saja, dia diculik dan dilarikan pula jauh ke pulau terasing oleh si pembunuh! Maka dalam setiap hela nafas Jhia, tak ada perasaan lain mampu tercipta buat Zayn selain daripada kebencian dan dendam yang membara. Malah dia yakin dia sanggup membunuh Zayn dengan tangannya sendiri demi menuntut bela kematian pak ngah. Dia sanggup! 

Terlalu banyak yang terpaksa Jhia lakukan di pulau yang dikawal ketat ini demi membebaskan diri. Dia pernah cuba lari, namun dengan mudah tertangkap semula. Sehingga pada satu tahap, dia terpaksa berpura-pura menyukai Zayn. Oh Tuhan! Sedangkan itulah manusia paling jijik dan paling dia benci di muka bumi ini! 

Dalam mengatur pelbagai strategi, orang kanan Zayn bernama Lutfan turut Jhia libatkan sekali. Kerana di matanya pemuda itu paling berbeza dan mungkin mampu membantu membebaskan dirinya dari tawanan Zayn. 

Namun sebanyak mana Lutfan menolak pujuk rayu Jhia, akhirnya dia tertelan kata-kata sendiri juga. Satu rahsia yang terbongkar membuatkan dia berhempas pulas, bergelut sehingga rela menadah setiap butir peluru dengan tubuhnya. Semua kesanggupan itu dilakukan hanya demi Jhia. Malah dia juga tergamak menjadi seorang pengkhianat! 

Pelarian yang padat dengan aksi cemas dan mendebarkan, dunia Lutfan dan Jhia berputar pantas. Sehingga pada satu detik, hati mereka sama-sama terpaut antara satu sama lain. Namun buruan dan dendam Zayn menyukarkan jalan mereka menuju bahagia. Tapi tak mengapa, kerana Lutfan juga enggan mengalah demi Jhia. 

Lalu, pihak mana yang akan menang dalam peperangan epik antara mereka? Mampukah cinta Jhia dan Lutfan menumpaskan dendam kesumat di hati Zayn?

Post a Comment

2 Comments