Drama: Bawah Payung Awan (VIU)

Drama: Bawah Payung Awan (VIU)

Drama : Bawah Payung Awan
Produksi : Global Sation Sdn Bhd
Pengarah : Azri Izhar
Penulis Skrip : Liza Nur
Mula Tayangan : 13 Jun 2024
Episod : 
Pelakon : Ben Amir, Nabila Razali, Nelissa  Nizam, Amyza Aznan, Watie Sadali, Kodi Rasheed, Muaz Zabir, Riz Amin, Adam Malek, Lan Siro, Ku Fridah

Drama: Bawah Payung Awan (VIU)

Mengisahkan Widad (Nabila Razali), Soleiman (Ben Amir) dan Hanan (Nelissa Nizam) yang berkawan baik sejak kecil dan membesar di kawasan setinggan yang sama.

Widad merupakan anak pelacur tapi dia berusaha keras dalam pelajaran untuk menjadi pelajar cemerlang dengan harapan dapat mengubah masa depannya. Widad berusaha mengajak Hanan dan Sol untuk mempunyai impian yang sama dengan dirinya dengan harapan mereka dapat keluar daripada kehidupan tersebut.

Drama: Bawah Payung Awan (VIU)

Soleiman atau Sol dibesarkan oleh bapa yang kaki pukul, dalam masa yang sama Sol terpaksa menjaga neneknya yang sakit. Sol tidak berminat dalam pelajaran seperti Widad, dia pasrah dengan kehidupannya dan berjanji untuk menjaga Hanan kelak dan mahu melihat Widad berjaya.

Manakala Hanan pula lebih muda daripada mereka berdua menghadapi tekanan yang besar dari ibunya dan hal ini menjadikan Widad dan Sol sebagai tempatnya mengadu. Semakin meningkat usia remaja, Hanan semakin liar dan lebih suka melepak dengan Zaf (Kodi Rasheed).

Drama: Bawah Payung Awan (VIU)

Bawah Payung Awan diadaptasi dari novel karya Liza Nur. Dari episod pertama, aku rasa drama ni agak complicated dan banyak konflik akan berlaku. Banyak masalah sosial yang berlaku di kawasan setinggan diselitkan, pada masa yang sama berlaku konflik keluarga, persahabatan dan percintaan. banyak mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan melalui drama Bawah Payung Awan.

Post a Comment

1 Comments