Anak Perempuan Dato Pengarah by Rehan Makhtar | Review Novel

Anak Perempuan Dato Pengarah by Rehan Makhtar | Review Novel

Novel : Anak Perempuan Dato' Pengarah
Penulis : Rehan Makhtar
Mukasurat : 510
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Mei 2024

Anak Perempuan Dato Pengarah merupakan kesinambungan siri Untuk Aku; Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku dan Dia Untuk Aku

Mengisahkan Tiani, adik kepada Taufiq yang memilih untuk hidup membujang menemani ibunya kerana memikirkan adakah masih ada lelaki yang boleh mencintai dirinya dan menerima kisah silamnya yang gelap. 

Selain itu, jalan ceritanya juga fokus pada trauma yang dialami oleh Tiani yang menjadi mangsa penculikan dan sindiket pemerdagangan manusia. Walaupun doktor mengesahkan dirinya sudah sembuh tapi Tiani menyembunyikan trauma daripada keluarganya.

Projek kerjasama antara syarikat ibunya Dato Talhah dan Maliki menemukan Tiani dengan Luqman yang merupakan seorang penguam dan pembantu peribadi Maliki. 

actually watak Luqman dari buku Luruh. kalau penulis tak mention aku pun tak ingat sangat pasal Luqman ni, rasa nak repeat balik baca buku tu boleh tak sebab aku dah lupa apa konflik dan kisah yang berlaku pada Alif.

so watak Luqman dalam buku ni sangat gentleman atau istilah sekarang green habis. dari awal lagi dia perasan mengenai trauma Tiani then dari pertemuan pertama lagi Luqman sudah terjatuh cinta pada Tiani tapi kesian juga sebab Tiani tak ingat first meeting mereka di airport. tak tahu nak describe tapi watak Luqman ni ayat dia bak tertumpah lori gula dan dia sangatlah caring dengan Tiani walaupun hubungan mereka terpisah dengan jarak. comel je watak Luqman dan Tiani.

konflik dia menarik juga sebab kebaikan yang ditawarkan oleh Dato Talhah menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan sehingga menyebabkan nyawa mereka sekeluarga terancam dan Tiani menanggung derita yang sangat berat.

overall kalau korang peminat Rehan Makhtar, silalah baca Anak Perempuan Dato Pengarah. penulis siap bagi bonus lagi cerpen kisah Qadr dan Lailatul.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐⭐**

Boleh dapatkan novel Anak Perempuan Dato' Pengarah di Shopee Karyaseni.


Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita.

Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati.

“Eh… kenapa ni, awak?” – Lukman

“Maaf… tapi tolong. Selamatkan saya…” - Tiani

Ketenangan Lukman terganggu. Tak pernah disangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kesah tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan. Dia ingin menolak. Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan air mata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri.

“Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal…” – Tiani

“Mana lagi saya nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?” - Lukman

Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan, yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah. Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu.

Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya. Tapi, apa nak dikata, kan? Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup.

Post a Comment

0 Comments