Mengejar Peluang Kedua dalam Cinta Untuk Sekali Lagi

Mengejar Peluang Kedua dalam Cinta Untuk Sekali Lagi

MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama bergenre romantik komedi dengan menampilkan gandingan baharu Meerqeen (Alan) dan Erysha Emyra (Anne) sebagai teraju utama.

Drama rantaian 20 episod ini mengisahkan Anne dan Alan yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah. Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.

Mengejar Peluang Kedua dalam Cinta Untuk Sekali Lagi

Gandingan baharu ini menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd, drama berkonsepkan youth romance ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul.

Mengejar Peluang Kedua dalam Cinta Untuk Sekali Lagi

Sinopsis Drama Cinta Untuk Sekali Lagi

Pertemuan sekali lagi dengan bekas suaminya membuatkan Anne Dahlia mula resah dan mula digamit rindu, timbul semula segala memori suka duka antara Anne dan Alan. Namun semakin dia cuba menjauh, semakin Alan mendekati, membuatkan Anne risau kalau dia jatuh cinta sekali lagi.

Pecahan Watak

  • Erysha Emyra sebagai Anne Dahlia
  • Meerqeen sebagai Idlan Zuhairi (Alan)
  • Ustaz Safwan sebagai Haidar Hasanudin
  • Malle Christian sebagai Zu
  • Nik Rifaie sebagai Fazlee
  • Nina Juren sebagai Mama Alan
  • Ozlynn Waty sebagai Cikgu Syifa

Mengejar Peluang Kedua dalam Cinta Untuk Sekali Lagi


‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Mei 2024, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Post a Comment

0 Comments