Siksa Neraka
Director : Anggy Umbara
Screenwriter : Lele Laila, M.B. Rahimsyah
Network : Netflix
Release Date : 14 December 2024
Duration : 1 hour 38 minutes
Genre : Horror, Thriller
Cast : Ratu Sofyas, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahab, Nayla D. Purnama, Rizky Fachrel, Astri Nurdin, Slamet Rahardjo, Ingrid Widjanarko, Joseph Kara
Four siblings go missing and wake up in the afterlife, undergoing punishment for their worldly sins in the depths of hell.
Sinopsis Filem Siksa Neraka
Mengisahkan Syakir (Ariyo Wahab) seorang ustaz yang disegani dan dihormati penduduk kampung. Ustaz Syakir mempunyai empat orang anak; Saleh (Rizky Fachrel), Fajar (Kiesha Alvaro), Tyas (Ratu Sofya) dan Azizah (Nayla D Purnama). Sejak kecil lagi, Syakir sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya tentang agama.
Suatu malam, empat beradik ni keluar rumah tanpa pengetahuan Syakir yang ketika itu menghadiri ziarah orang mati. Mereka mengambil jalan pintas menyeberang sungai malangnya mereka dihanyut arus sungai yang kuat.
Syakir menerima berita kematian anak-anaknya, dalam kesedihan tersebut satu persatu rahsia yang disembunyikan anak-anaknya selama ini terbongkar.
Bagi aku filem Siksa Neraka ni macam cerita Tok Adi Tanah Kubur tapi versi panjang. Kalau dalam Tanah Kubur akan ditunjukkan azab yang diterima si mati di dunia untuk dijadikan pengajaran kepada yang hidup tapi dalam Siksa Neraka ditunjukkan hukuman dan balasan kepada si mati dalam neraka atas dosa yang dilakukan.
jalan ceritanya sangat simple dan slow giler, kat pertengahan baru nak ditunjukkan scene azab yang diterima si mati dalam neraka. sudahlah jalan cerita dia takde yang gempak, ending pun takde impak yang besar. selain scene dalam neraka tu, takde benda yang seram atau thrill.
kalau penulis buat Saleh sebagai abang sulung dapat diselamatkan terus bertaubat selepas menyaksikan siksa neraka semasa koma maybe bagi impak yang lebih besar kot sebagai penamat. sebab Saleh inilah anak kebanggaan Syakir padahal dialah banyak dosa menipu pastu dia tahu tentang rahsia Azizah dan Fajar dan digalakkan lagi adik dia buat jahat. so sepatutnya watak ini diberi pengajaran yang lebih.
filem ni banyak pengajaran tentang bapa yang memilih kasih dan terlalu tegas dalam didikan agama tanpa mempeduli perasaan dan minat anak-anak. walaupun ada pengajaran tapi itulah jalan ceritanya agak mendatar dan kurang bagi impak.
MY RATING: 4.5 /10 ⭐
1 Comments
nanti ldy tengok :D
ReplyDelete