Pinggan Retak Di Tapak Tangan (Astro Ria) | Review Telefilem

Pinggan Retak Di Tapak Tangan (Astro Ria) | Review Telefilem

Telefilem : Pinggan Retak Di Tapak Tangan
Produksi : Country Universal Sdn Bhd
Pengarah : Harris Fadzillah
Penulis Skrip : Azlina Pa'Wan
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 11 April 2024
Durasi : 1 jam 37 minit
Pelakon : Jalaluddin Hassan, Fauziah Nawi, Azri Safix, Zulkifli Ismail, Anne Abdullah, Myra Afrina

SINOPSIS:
Pak Berahim dan Mak Yah meniti usia tua bersama, tanpa dikurniakan anak, bersampingkan sakit demam.

Pinggan Retak Di Tapak Tangan (Astro Ria) | Review Telefilem

Pinggan Retak Di Tapak Tangan mengisahkan Pak Berahim (Jalaluddin Hassan) dan Mak Yah (Fauziah Nawi) yang tidak mempunyai anak menghabiskan usia tua bersama. Suatu hari, Mak Yah disahkan menghidap Alzheimer tapi Pak Berahim tetap setia menjaga isterinya.

Mak Yah dan Pak Berahim memang pasangan romantis walaupun dah tua. Pak Berahim setia melayan kerenah Mak Yah dan selalu mencari jalan untuk menggembirakan isterinya termasuk mengajak Mak Yah bersanding semula sebab Pak Berahim nak bagi Mak Yah ingat benda yang positif saja.

Biasalah tinggal kat kampung mesti ada orang mengata tengok cara mereka berdua berkasih sayang termasuklah Suraya (Anne Abdullah) yang merupakan adik Mak Yah. rimas juga dengan perangai Su tak habis fikir benda negatif pastu bagi batu api kat Mak Yah sampai Mak Yah fikir yang bukan-bukan.

betullah orang cakap kadang tu orang luar lebih mengambil berat tentang keadaan Mak Yah daripada darah daging sendiri. Mak Yah sangat rapat dengan Aman (Azri Safix) dan menganggap Aman seperti anak sendiri lagi pula selepas kematian ibu dan adik beradiknya, Pak Berahim dan Mak Yah yang menjaga Aman dengan baik.

Pinggan Retak Di Tapak Tangan (Astro Ria) | Review Telefilem

Jalan cerita Pinggan Retak Di Tapak Tangan sangat sedih, lagi bertambah sedih bila Pak Berahim dapat tahu dia menghidap kanser dan mempunyai masa 3 bulan lagi untuk hidup. Namun Pak Berahim tetap mahu menghabikan hayatnya dengan menjaga Mak Yah dan menolak rawatan di hospital.

barai juga tengok ending telefilem ni. apa yang boleh komen, cinta antara Mak Yah dan Pak Berahim betul-betul cinta sejati sampai ke penghujung nyawa.

Post a Comment

0 Comments