Kredit: Instagram Drama Sangat |
Drama : Lelaki Itu
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Along Kamaluddin, Nur Shariff
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 19 Mac 2024
Episod : 30
Durasi : 40 minit
Genre : Melodrama, Cinta, Keluarga
Pelakon : Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Sophia Albarakbah, Fadlan Hazim, Ameerul Asyraf
SINOPSIS:
Syed Mirza mengahwini Sharifah Qaidah seorang wanita berpengaruh dan kaya. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan yang berjaya. Kehidupan Syed Mirza pada mulanya nampak sempurna namun di sebaliknya dia menyimpan rahsia tersendiri.
Selain drama Khunsa (Astro) dan kisah kecurangan Aliff Aziz yang kantoi untuk kali ke-11, drama Lelaki Itu di slot Samarinda TV3 antara yang trending sepanjang bulan ramadan ini.
aku tak follow sangat drama ni tapi bila tiba-tiba Adi Putra yang pegang watak Dato Mirza meninggal dunia, aku terkejut macam eh eh awat hero dia mati awal sangat ni.
tapi bila tengok konflik dalam Lelaki Itu, penulis bukan fokus pada kisah kecurangan atau penyondol atau anak yang kahwin tanpa restu ibu bapa tapi nak highlight tentang masalah yang ditinggalkan oleh Lelaki Itu setelah meninggal dunia.
Syed Mirza seorang usahawan yang hebat tapi di dalam rumah, isterinya iaitu Sharifah Qaidah (Sarimah Ibrahim) yang mengawal segala benda. Qaidah terlalu tegas dan mahu semua benda berjalan mengikut kemahuannya jadi Mirza mengambil pendekatan untuk berdiam diri tanpa menegur perangai isterinya.
Syed Mirza dan Sharifah Qaidah mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Sharifah Bainah/ Ina (Nadia Brian), Sharifah Bahiya/ Iya (Sophia Albarakbah) dan Sharifah Batrisya/ Sha (Hannah Delisha).
Dalam episod awal-awal, Qaidah sibuk dengan masalah yang ditimbulkan oleh anak-anaknya terutama sekali Ina dan Sha. kemuncaknya Qaidah tak boleh terima Sha berkahwin dengan Khai (Aedy Ashraf) tanpa pengetahuannya.
Apabila Qaidah terlalu sibuk dengan hal anak-anak dan urusan yayasan miliknya, Mirza terasa kesunyian dan akhirnya perasaan tersebut terubat dengan kehadiran Imani.
Hubungan Mirza dan Imani (Fazura) pada mulanya antara boss dan pekerja. Imani menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Mirza dan Qaidah yang banyak membantu Imani dalam tempoh tersebut dan akhirnya Imani bercerai dengan suaminya yang abusive.
Mirza kemudiannya berkahwin dengan Imani. alasannya maybe Imani banyak mengajar Mirza tentang agama plus terasa diberi lebih perhatian daripada Qaidah yang sibuk dengan dunianya. hubungan mereka rahsia tapi kemudian kantoi apabila Mirza meninggal dunia, Amani menghadiri pengebumian dan mencium jenazah Mirza. Hal ini menimbulkan syak wasangka pada Qaidah.
bila tengok latest episod hurm boleh tahan juga perangai Mirza dengan Imani padahal dalam rumah kemain senyap membisu. yang Imani pun dah kenapa terlebih beri perhatian dan macam terlupa batas dia dengan suami orang. itu yang bila terlebih then terkahwin.
suka tengok cari Qaidah handle masalah dia dengan Imani. ingatkan dia nak serang Imani tapi dia cool je depan Imani maybe dia rancang benda lain kot sebab aku tak rasa Qaidah akan berdiam diri macam tu je. orang rampas anak dia pun dia boleh bertindak kejam inikan pula suami.
lagi satu persoalan menarik dalam drama Lelaki Itu; apa hubungan Mirza dengan Sarina (Nabila Huda) yang merupakan emak Khai. Adakah Mirza menyimpan satu lagi rahsia besar?
aku rasa mostly ramai yang teka Sarina ada hubungan dengan Mirza pada masa lalu cuma tak tahu sama ada mereka mempunyai hubungan yang sah atau tidak.
kalau Mirza dan Sarina pernah berkahwin secara sah, hal ini akan menimbulkan masalah yang besar pada perkahwinan Khai dan Sha.
Syed Mirza sebagai ketua keluarga tidak tegas untuk menegur isteri dan anak-anaknya. masalah utama apabila dia sendiri lalai menunaikan kewajipan agama dan tidak mengambil berat hukum agama. kahwin dalam senyap pastu tak kenal anak sendiri bila meninggal dunia, huru hara keluarga jadinya. itu belum lagi timbul soal pembahagian harta mengikut faraid.
isu poligami bukan tengok dari segi harta, kalau nak sembang bab wang ringgit memang Mirza ni mampu nak kahwin sampai empat. soalnya di sini tentang tanggungjawab dan adakah Mirza berlaku adil pada isteri-isteri dan anak-anaknya. pendek cakap semua watak dalam drama ni ada khilaf masing-masing tapi punca runtuhnya sesebuah institusi kekeluargaan bila ketua keluarga gagal menjalankan tanggunjawabnya dengan baik.
overall, best juga layan drama ni sebab bukan sahaja dari segi jalan cerita tapi barisan pelakon dia pun mantap. paling suka dengan lakonan Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah.
plot dan jalan cerita Lelaki Itu sangat menarik sebab banyak mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan. realitinya banyak kisah sebegini berlaku dalam masyarakat. kita nantikan episod seterusnya untuk tahu apa lagi rahsia arwah si Mirza ni. banyak betul masalah Lelaki Itu.
0 Comments