Novel : Kembali Mencintai
Penulis : Syamnuriezmil
Helaian : 880
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2018
Mengisahkan Thiya seorang guru bahasa inggeris yang mencari dana untuk projek pembinaan dewan sekolah. Thiya berjumpa dengan Tengku Faal yang pernah alumni sekolah tersebut. nak jumpa kemain susah so Thiya menyamar sebagai calon menantu mami Tengku Faal dan akhirnya berjaya mendapatkan sumbngan yang besar.
Tengku Faal pada mulanya tak suka Thiya dan Thiya pun tak suka Tengku Faal ni sebab buaya darat. Nak ditakdirkan cerita Tengku Faal terjatuh cinta dengan Thiya dan berusaha mendapatkan cinta Thiya. Dengan sokongan keluarga, Thiya akhirnya setuju berkahwin dengan Tengku Faal berserta syarat taklik tambahan.
Menarik tentang novel ni diselitkan tentang nikah taklik yang mana pasangan suami isteri bersetuju dengan syarat dikenakan dan boleh jatuh talak jika taklik tersebut dilanggar. ada kebaikan dan keburukan mengenai nikah taklik macam kes Thiya ni ada orang ambil kesempatan dengan taklik tersebut untuk meruntuhkan rumah tangga dia.
seriusly watak Thiya ni agak annoying juga sebab jenis mudah jump to conclusion dan ada trust issues dengan Tengku Faal. kemain mulut cakap benci dan prejudis dengan Tengku sekali orang tu hilang tahu juga rindu.
watak Tengku Faal pula seorang playboy tapi dia tekad untuk berubah bila jatuh cinta dengan Thiya so banyak juga sisi baik yang dia tunjuk pada Thiya tapi itulah dapat isteri jenis tak bersyukur dan mengada-gada. walaupun dah berubah tapi yang buruk juga dia nampak.
satu lagi perangai Thiya ni setiap kali ada masalah dia akan lari jauh. macam kes Tengku Faal kena perangkap, bukannya nak selidik dulu tapi terus minta tukar ke Sarawak. mentanglah anak orang kaya, mentanglah ada kabel. untung betul kan sedangkan realitinya cikgu yang nak minta tukar selalu makan masa bertahun.
Konflik dalam rumahtangga Thiya berlaku dengan kemunculan semula kekasih lama Thiya iaitu Firas Amsyar. lelaki yang menghilangkan diri tiba-tiba muncul semula sebagai guru di sekolah Thiya. Firas luarannya nampak baik tapi mempunyai motif tersendiri untuk membalas dendam pada Thiya.
novel ni tebal juga dengan hampir 900 muka surat. sejujurnya agak penat sebab pov Thiya ni kurang matang. aku suka kawan Thiya, Salma sebab dari awal lagi dia warning Thiya pasal Faris dan dia juga banyak menyedarkan Thiya tentang kebaikan Tengku Faal. tapi aku tak suka bila apa yang berlaku antara Thiya dan Faal, Thiya akan repeat pula cerita kat Salma. bagi aku tak payah nak details sangat benda ni sebab rasa macam buat siaran ulangan, kalau sekali dua boleh terima tapi kalau dah setiap masa tu hurmm macam sengaja nak menebalkan jumlah muka surat.
walaupun perangai heroin dia tak semengah tapi plot novel ni agak menarik sebab banyak mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis.
**MY RATING: 3.5 /5**
Hanya kerana mahukan sebuah dewan sekolah bagi memudahkan anak muridnya belajar, Thiya terpaksa menyamar menjadi calon menantu Tengku Fareha untuk anaknya, Tengku Faal Haris... Yang merupakan ‘seorang’ buaya!“I nak tahu juga you ni spesies dinosaur yang mana. So that, I boleh tahu cara untuk pupuskan you dan keturunan you!” – Tengku FaalTengku Faal akhirnya berjaya mencari kelemahan Thiya. Thiya rupa-rupanya anak Tan Sri Thaqif. Tan Sri Thaqif pula kagum dengan Tengku Faal yang pandai menguruskan syarikatnya sendiri. Lagilah mudah untuk Tengku Faal menyuruh Thiya mengaku kalah. Baru sahaja Thiya nak berbaik dengan ayahnya...Takkan nak bergaduh semula gara-gara tak mahu dikahwinkan dengan Tengku Faal? Nak tak nak terpaksalah Thiya mengundur diri. Ingatkan apabila dinasour dah mengaku kalah, buaya dah menang... Cerita itu terhenti di sini. Tiba-tiba Tengku Faal pula beria-ia nak dijodohkan dengan Thiya. Dia memberikan Thiya tiga minggu untuk buat keputusan.“Saya tak tahu apa agenda awak, Tengku Faal. Tapi apa yang saya tahu... If you treat me like a game, I'll show you how to play!” - Thiya“So, I'll treat you like my queen... Will you treat me like your king?” – Tengku FaalMuncul pula Firas Amsyar, membuatkan Tengku Faal lebih berusaha untuk meyakinkan Thiya yang dia adalah jodoh pilihan untuk Thiya. Bukannya Firas Amsyar, lelaki yang pernah berada dalam hati Thiya suatu ketika dulu sebelum menghilang. Thiya akhirnya memutuskan untuk menerima Tengku Faal dengan syarat dia bersetuju dengan syarat taklik tambahan yang dikenakan untuk membuktikan yang Tengku Faal betul-betul sudah berubah.“Oleh sebab, abang sayangkan Thiya dan abang yakin kita ada jodoh, abang setuju dengan apa aje syarat yang Thiya kenakan. Asal jangan tinggalkan abang sudah.”Tetapi... Nama pun buaya kan, mana mungkin akan berubah makan kubis!“Saya sabitkan dan sahkan jatuh talak satu kali pertama ke atas Plaintif Thiya binti Tan Sri Thaqif berjumlah satu talak bermula pada hari ini.” Mungkinkah Thiya akan memberi peluang kepada Tengku Faal untuk kembali mencintai? Atau... Thiya kembali mencintai Firas Amsyar?“Thiya plan apa lepas ni? Thiya jangan risau. Fir ada. Anything that you need... Fir boleh tolong. Fir tak mengharapkan apa-apa.” - FIRAS AMSYARKerana... Peluang kedua itu tidak akan bermakna kalau tidak belajar daripada peluang pertama.
0 Comments