Novel : Cinta, Untuk Sekali Lagi
Penulis : Lila Vee
Helaian : 450
Penerbit : Manes Wordworks
Terbitan : Januari 2022
Cinta, Untuk Sekali Lagi mengisahkan Anne Dahlia dan Idlan Zuhairi/Alan yang bertemu semula selepas lima tahun berpisah. Nak dijadikan cerita Anne yang merupakan seorang guru telah disaman oleh ibu bapa seorang pelajar dan Alan seorang penguam telah mengambil kes tersebut kerana Lee, kawan baiknya yang juga abang kepada Anne.
Anne dan Alan pernah berkahwin atas dasar cinta dan perkahwinan mereka bahagia tapi terpisah kerana satu insiden. Oleh kerana desakan orang sekeliling, Alan terpaksa melepaskan Anne walaupun tidak rela. Alan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan kembali cinta Anne.
watak Alan ni seriusly hero idaman malaya..haha. lelaki yang sangat setia dengan cintanya. bagi aku, plot dan jalan cerita menarik. gaya penulisan penulis juga menarik tapi masalahnya aku penat sebab Anne dan Alan banyak sangat main tarik tali. hati dah kata sayang tapi masih juga mahu menidakkan. pastu nak salahkan takdir padahal sendiri juga yang buat hidup sendiri jadi complicated.
masalah dalam rumahtangga Anne dan Alan disebabkan mama Alan terlalu percayakan orang luar yang turut menjejaskan komunikasi antara Anne dan Alan yang akhirnya menyebabkan berlaku penceraian. pokoknya, novel ni nak cerita pasal peluang kedua. Adakah Anne dan Alan dapat menggunakan peluang kedua ini dengan baik dan menemui kebahagiaan mereka?
Beli Di Sini: Cinta Untuk Sekali Lagi by Lila Vee (Shopee)
tapi overall, Cinta Untuk Sekali Lagi sebuah kisah yang menarik dan banyak mesej pengajaran yang cuba disampaikan.
**MY RATING: 3.5 /5**
Lima tahun. Satu tempoh yang agak lama untuk seseorang ‘move on’ daripada kisah cinta yang pernah bertanda dalam hati. Tapi entah kenapa, sejauh mana Anne Dahlia cuba lari, sekuat mana dia cuba menafikan, cinta itu tetap gagal dipadamkan daripada memori.“You nampak benteng pasir kat tengah tu? Macam mana kuat pun ombak, macam mana deras arus sungai... dua-dua tak boleh bercantum. Sama macam kita!” - AnneKata orang, cinta tak semestinya memiliki. Tapi, kata Idlan Zuhairi… sekali cinta itu sudah dimiliki; dia tidak akan beralih arah lagi. Biarpun si dia sudah tidak mahu berjalan seiring dengannya lagi.“Well, there’s a weird pleasure in loving someone who doesn’t love you back.” - AlanBagi kebanyakan kisah cinta, biasanya dimulakan dengan ‘love at the first sight’ dan berakhir dengan ‘happily ever after’. Tapi sayangnya, kisah cinta ‘Anne dan Alan’ ini tidak semudah itu. Lantas, mereka akur memilih jalan yang berbeza untuk mencari erti bahagia sendiri-sendiri/ masing-masing.Tapi, bagaimana jika jalan yang dipilih itu, membawa mereka ke penghujung yang sama? Dapatkah mereka menerima cinta, untuk sekali lagi?
1 Comments
lama mama tak baca novel
ReplyDelete