Ayat-Ayat Halal by Syamnuerizmil | Review Novel

Ayat-Ayat Halal by Syamnuerizmil | Review Novel

Novel : Ayat-Ayat Halal
Penulis : Syamnuerizmil
Helaian : 264
Penerbit : The Chapter
Terbitan : Julai 2017

Ayat-Ayat Halal mengisahkan Ebrahim Alfarez yang bekerja di Qatar membuat rancangan bercuti selama tiga minggu bagi menyambut bulan ramadan bersama keluarganya setelah dua tahun tidak pulang ke Malaysia.

Ebrahim mahu membuat kejutan tapi dia pula yang mendapat kejutan ibunya akan mengerjakan ibadah umrah dan berpuasa selama dua minggu di sana bersama adik-adiknya. memandangkan tiket sudah dibeli terpaksa Eb pulang berpuasa seorang diri di Malaysia. emaknya juga sudah berpesan yang makanannya akan dimasak oleh Ulya Ayani, anak jirang sebelah rumah.

Ebrahim pernah kecewa bercinta dengan Murni sebabnya Murni tak suka Ebrahim mendahulukan emaknya so dua tahun juga membawa diri sampai tak kenal jalan balik Malaysia. sekali bila balik terjatuh hati pula dengan Ulya dan Ulya pula pandai buat kek pandan kegemarannya. Demi Ulya juga, Ebrahim jadi ustaz mengajar ayah Ulya iaitu Pak Akob mengaji al-quran.

Bukan mudah juga Ebrahim nak pikat Ulya lagi pula dia ada saingan yang hebat iaitu Ustaz Hassan, anak tok imam kampung yang baru pulang dari Mesir. lagi tak senang duduk bila Ebrahim dapat tahu, Murni bekas kekasihnya dulu merupakan sepupu Ulya. Berjayakah Ebrahim mencari jodohnya sebelum pulang ke Qatar?

Plot dan jalan cerita novel Ayat-Ayat Halal sangat simple dan konflik pun tak berat sangat. novel ni sangat nipis dan sangat menghiburkan, sesuai untuk bacaan ringan.

MY RATING: 3.5/ 5⭐

Baca juga : Drama Ayat-Ayat Halal lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa


Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.


Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim... Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana... cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

Post a Comment

1 Comments

  1. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete