Wanita Syurga (TV3) | Sinopsis Drama

Wanita Syurga (TV3) | Sinopsis Drama
Sumber: Instagram TV3 Malaysia

Drama : Wanita Syurga
Produksi : Zamriez Golden Pictures
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Penulis Skrip : Sophilea, Shaza Taib
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 15 Mac 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 35
OST/ Lagu Tema : Masihkah Ada Rasa Itu (Misha Omar), Aura Kejora (Amir Masdi)
Pelakon : Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Riena Diana, Nazim Othman, Marisa Yasmin, Shah Iskandar, Puteri Khareeza, Syazwan Hassan, Wan Sharmila, Annie Mossha, Amyza Aznan, Zamarul Hisham, Syamim Farid

Wanita Syurga (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Wanita Syurga

Mengisahkan Ardini (Siti Khadijah Halim) dan Amar (Redza Rosli) yang bercinta semasa di kolej kemudiannya berkahwin dan dikurniakan dua orang anak iaitu Wana dan Warith.

Ardini yang berkerja sebagai pereka dalaman membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan kepada keluarganya namun siapa sangka perkahwinan mereka yang bahagia akhirnya dikhianati oleh Amar yang berkahwin dengan Farah (Riena Diana) tanpa pengetahuannya.

Amar tidak berlaku adil kepada Ardini dan anak-anaknya, hal ini menyebabkan Ardini bangkit untuk mendapatkan haknya yang dirampas oleh Amar dan Farah dengan bantuan kawannya, Lukman (Nazim Othman) seorang penguam syarie.

Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang?

Saksikan drama Wanita Syurga lakonan Siti Khadijah Halim, Redza Rosli dan Riena Diana pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Post a Comment

0 Comments