Sumber: Instagram VIU Malaysia |
Drama : Terlanjur Cinta
Produksi : Rumah Karya Citra
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 14 Mac 2024
Masa : Khamis-Sabtu | 12 PM
Episod : 12
Durasi : 30 minit
OST/ Lagu Tema : Terus Hidup (Aina Abdul)
Pelakon : Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Khir Rahman, Umie Aida, Syafie Naswip, Syafi Tee, Taqim Zaki, Anne Abdullah, Sharifah Sakinah
Terlanjur Cinta mengisahkan Mariam (Umie Aida) seorang ibu tinggal yang menjual nasi lemak untuk menyara tiga anaknya iaitu, Salleh (Syafie Naswip), Hassan (Syafi Tee) dan Aisyah (Puteri Balqis).
Konflik berlaku apabila Salleh yang ketagihan dadah dituduhkan membunuh ketika cuba merompak rumah orang kaya Pak Majid. Mariam percaya anaknya tidak bersalah dan berusaha menyelamat Salleh dari dipenjara walaupun terpaksa meminjam duit dari ceti haram untuk mengikat jamin Salleh.
Hassan yang belajar tahfiz di sebuah madrasah bengang dengan kelakuan abangnya itu yang sering membawa masalah manakala Aisyah selalu menyokong Mariam dan Salleh.
Pak Majid (Khir Rahman) berkeras mahu memasukkan Salleh ke dalam penjara walaupun puas dirayu oleh Mariam tapi kemudiannya berubah fikiran dan menarik balik dakwaan ke atas Salleh.
Sikap Pak Majid juga berubah apabila membantu Mariam sekeluarga dengan memberi sumbangan dan memulihkan perniagaan Mariam yang dipulau oleh orang kampung. Dalam diam Pak Majid sebenarnya mempunyai agenda tersendiri iaitu mahu menjadikan Aisyah sebagai isterinya.
Amir (Syafiq Kyle) pula sangat rapat dengan Aisyah dan keluarganya, dan sudah lama menyukai Aisyah namun kerana dirinya yang masih menganggur membuatkan dia menangguh hasrat untuk melamar Aisyah.
Hubungan Amir dengan Aisyah tidak disukai oleh ibu Amir kerana baginya Aisyah bukan dari keturunan yang baik tambahan lagi abangn Aisyah seorang penagih dadah.
Kemuncaknya, Aisyah kecewa dan mahu melupakan Amir setelah dihina oleh ibu Amir lalu membuat keputusan untuk menerima lamaran Pak Majid walaupun jarak usia mereka sangat jauh berbeza.
Aisyah percaya Pak Majid boleh melindungi dirinya dan membantu keluarganya dari terus dihina oleh masyarakat namun Pak Majid bukanlah sebaik seperti yang Aisyah sangkakan. Adakah Aisyah akan bahagia dengan keputusannya?
0 Comments