Novel : Secebis Cinta Tihani
Penulis : Ednin
Helaian : 517
Penerbit : Kaseh Aries
Terbitan : Jun 2020
Secebis Cinta Tihani dari penulis Ednin. ini pertama kali aku baca buku karya penulis ni dan apa yang aku boleh cakap novel ni best sebab penulisan yang menarik, watak yang matang dan sesuai untuk bacaan ringan.
Mengisahkan Tihani seorang wanita bekerjaya, sangat tegas selaku anak sulung dan tidak suka ada komitmen dalam perhubungan sebab trauma dengan penceraian yang berlaku pada kedua ibu bapanya. sebab itu bila kekasihnya Iqbal ajak kahwin, dia tak teragak terus putuskan hubungan mereka.
Dalam masa yang sama Tihani rapat dan selesa berkawan dengan Imar Rashdan, kawan universiti dia dulu dan berjumpa kembali sebab menguruskan projek yang sama.
Konflik berlaku apabila adik Tihani iaitu Fahim bertindak membatalkan majlis pernikahan dengan Amy yang merupakan sepupu kepada Imar. Keluarga Imar mendesak Imar untuk berkahwin pastu dia terus ajak Tihani kahwin sebab Tihani sahaja calon yang sesuai dan sebab juga adik Tihani yang buat hal
Buku ni lebih berkisarkan tentang perhubungan antara Tihani dan Imar, dua individu yang mempunyai personaliti yang berbeza. Kalau Tihani seorang yang tegas dan berdikari, Imar pula lebih rileks dan santai gitu, dia ni jenis spesis penyabar dan tak mudah naik angin.
Imar ni memang hero idaman malaya sebab dia tak pernah mendesak tapi cuba faham keadaan Tihani walaupun Tihani punya degil tu aishhh rasa nak ketuk je kepala. tapi Tihani pula takde la bertindak mengikut perasaan sangat cuma dia perlukan masa untuk berfikir dan betulkan balik keadaan. pendek cakap cara mereka ni sangat matang dan ada komunikasi yang bagus untuk relationship mereka.
masalah yang lain timbul adalah penerimaan keluarga Imar dengan kehadiran Tihani selepas apa yang berlaku dan juga penerimaan Tihani dengan kisah silam Imar. Nilai kekeluargaan yang diselitkan dalam buku ni juga menarik.
Overall, plot dan jalan ceritanya menarik ditambah dengan olahan dan gaya penulisan penulis yang santai sangat best dijadikan sebagai bacaan ringan.
**MY RATING: 4.5 /5**
Baca juga: Review Novel Coffee, Sara karya Ieya Sha
Realiti hidup Tihani tak seindah yang disangka. Dia diasuh yang tak semua benda akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan kadang-kadang perpisahan itu lebih membahagiakan. Dari situ, dia melihat dunia dengan cara yang berbeza.“I rasa penting untuk kita kena merancang dengan apa yang kita ada hari ini, untuk kesenangan masa depan.” - Tihani“Kalau you terlalu fokuskan pada masa hadapan... you akan kehilangan hari ini.” - Imar.Mungkin betul kata orang, hati seorang Tihani itu terlalu sempit dan tertutup ruangnya. Bagi Tihani, lebih baik mencegah dari merawat hati yang patah.Datang pula seorang Imar, lelaki yang punya hati besar dan sanggup berkorban untuk orang kesayangannya. Dan takdir membuatkan mereka dijodohkan sebagai suami isteri. Alasan Imar kerana desakan keluarganya, manakala Tihani pula dihukum atas kesilapan adik sendiri.Namun bagaimana kalau tembok yang diciptakan Tihani terlalu tinggi untuk Imar jangkau di saat lelaki itu sedar rasa dalam hatinya? Cukup kuatkah cinta seorang Imar kepada Tihani?“I really love you, sayang.” - Imar“I pilih you. Dan I mahukan you.” - TihaniApa yang akan terjadi bila kisah silam Imar yang gelap, muncul di antara mereka? Adakah secebis cinta ini akan hanya tinggal harapan dan mula menghilang?
0 Comments