Tajuk : Nyctophobia
Penulis : Nurul Ain Syuhada
Helaian : 636
Terbitan : Ogos 2022
Perkahwinan Hayla dan Kiff diaturkan oleh keluarga kerana kepentingan business. Hayla mengimpikan perkahwinannya akan bahagia walaupun berkahwin bukan atas dasar cinta malangnya layanan Kiff dingin dan motif sebenar Kiff berkahwin adalah untuk membalas dendam pada ayah Hayla, Carl. biasalah cerita kahwin paksa, mula-mula benci pastu terjatuh cinta.
beli buku ni sebab ramai yang review best dan aku tertarik dengan kisah bertemakan dendam tapi itulah ingatkan revenge dia ala-ala lakorn tapi nahhh level drama turki berpuluh-puluh episod baru nak habis. sis penat..haha. maybe gaya penulisan penulis tak ngam dengan jiwa aku, ambil masa juga nak habiskan sampai tertidur baca buku ni.
main plot buku ni menarik tentang Kiff yang mahu membalas dendam pada Carl selepas apa yang Carl dah buat pada kakaknya, Fynn. dari awal penuh dengan persoalan yang buat aku nak tahu siapa sebenar Carl, ada apa dengan mimpi ngeri Hayla dan banyak lagi lah.
Nyctophobia bermaksud seseorang yang takut kegelapan yakni Hayla mempunyai nyctophobia tapi dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh dapat fobia tersebut.
Jalan cerita bertambah menarik apabila Hayla mula menyiasat latar belakang Kiff, dari situ satu persatu rahsia hidup Hayla mula terbongkar. Hayla yang pada mulanya naif dan lemah mula menjadi kuat untuk melindungi dirinya sendiri.
apa yang membuatkan aku lelah dengan buku ni adalah progress relationship antara Hayla dan Kiff. permulaan cerita aku boleh faham kenapa Kiff bencikan Hayla tapi bila sampai separuh buku aku penat dengan cerita main tarik tali pastu banyak trust issues antara Hayla dan Kiff. Kiff terlalu berahsia, walaupun dia dah beritahu satu rahsia pada Hayla tapi banyak lagi rahsia yang dia cuba sembunyikan.
Walaupun motif berbeza tapi mereka punya target dan musuh yang sama tapi itulah aku tak faham bila masing-masing bertindak dengan cara tersendiri untuk membalas dendam. kenapa korang berdua tak bekerjasama? kenapa sampai ke hujung pun masih lagi ada trust issue? sis penatlah menghadap perangai dua orang manusia ni.
aku rasa buku ni lagi menarik kalau penulis lebih fokus pada main plot daripada terlalu detail part Hayla dan Kiff yang tak habis bergaduh repeat benda yang sama.
**MY RATING: 3.5 /5**
Hayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain.Hayla tahu dia tak boleh lari dari mengikut aje adat resam keluarga, tapi dia juga ingin bahagia. Tapi angannya punah saat dia kenal siapa sebenar Kiff. Hati lelaki itu terlalu keras untuk menerimanya sebagai seorang isteri.Hayla juga ada kepala angin. Dia anak Carl Danial, tokoh tersohor di dalam kalangan usahawan perniagaan. Dia bukan orang biasa-biasa yang maruahnya senang diinjak-injak. Lantas dia minta dirinya dilepaskan. Kiff setuju. Tapi bersyarat."Kau ada pilihan. Samada nak stay atau blah. Tapi kalau kau nak blah, aku bagi kau 2 jam untuk kau prepare untuk lari. But after 2 hours, kalau aku jumpa kau, your life is mine. Aku boleh buat apa aje yang aku nak." -Kiff"And what if you tak jumpa I after 2 hours?" - Hayla"I'll do what ever you want." - KiffPersoalannya, mampukah Hayla lari? Dan jika tidak, apa yang akan Kiff lakukan padanya? Jika ya, apa yang Hayla akan minta?
0 Comments