Namaku Khadijah by Pena Kayu | Review Novel

Namaku Khadijah by Pena Kayu | Review Novel

Novel : Namaku Khadijah
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 473
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2019

Namaku Khadijah mengisahkan Khadijah seorang gadis mualaf yang telah lama merantau dan membuat keputusan untuk kembali semula ke Malaysia. Khadijah bekerja di syarikat milik Fahri dan Hafez. Nak dijadikan cerita Fahri adalah senior Khadijah waktu sekolah dulu dan Khadijah menyimpan perasaan pada Fahri, begitu juga Fahri. tapi bila tahu Fahri sudah berpunya, Khadijah tidak mahu menjadi orang ketiga dan memilih untuk melupakan Fahri.

aku geram juga dengan perangai Fahri tapi paling geram dengan perangai mak Fahri. sibuk nak jodohkan anak siap ugut lagi padahal Fahri tu takde hati langsung kat Ariana tapi terima juga Ariana sebagai tunang. watak Ariana ni paling kesian kot sebab dari awal dia tahu Fahri buat semua ni demi emaknya, Ariana siap nak tarik diri tapi Fahri tetap bagi harapan kat dia. akhir sekali, janji tinggal janji.

Hafez pula kawan baik Fahri, agak sosial dan  tak suka dengan Khadijah sejak pertemuan pertama disebabkan imej gadis itu yang berjubah dan berpurdah.  tapi itulah bila dah benci sangat sekali tak sedar dah terjatuh cinta sampai angau terduduk dengan Khadijah.

Perkahwinan antara Khadijah dan Hafez berlaku atas sebab-sebab tertentu tapi konflik dalam hubungan mereka berpunca dari masalah komunikasi. Hafez ni ntahlah kadang aku geram juga, dia ni macam pasrah dan assume Khadijah nak minta cerai dan balik pada Fahri, rasa nak ketuk kepala mamat ni! nasiblah Khadijah bijak dan tak cepat mengalah untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Jalan ceritanya novel ni agak complicated dan kisah cinta pula bersegi-segi. lagi satu semua watak terlalu baik cumanya takdir dan masa tak menyebelahi mereka. aku rasa watak Khadijah ni terlalu baik untuk Hafez mahupun Fahri tapi at the end kalau dah jodoh tak kemana.

**MY RATING: 4.0 /5**

Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.

"Saya tak marah kalau awak nak suka Fahri, tapi tolong, suka awak tu biar berpada-pada. Fahri dan Ariana nak berkahwin tak lama lagi. You get what I mean?" - HAFEZ

Khadijah cukup faham apa yang Hafez sampaikan padanya. Hanya Fahri yang tak faham situasi yang mereka hadapi sekarang. Fahri tidak habis-habis mendekatinya.

"Awak tahu kita berdua jauh dari perkataan kawan. Awak pun tahu dari hari pertama saya nampak awak, ada sesuatu yang mengikat kita berdua. Saya minta awak beri peluang pada diri awak dengan saya untuk bahagia." - FAHRI

Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak.

"Saya buat keputusan ini bukan untuk melemahkan iman Encik Hafez. Saya ingin menguatkannya lagi. Saya mohon lamaran saya dipertimbangkan." - KHADIJAH

Ada sebab kenapa namanya Khadijah dan lebih banyak sebab kenapa dia memilih nama Khadijah. Kalau dengan melamar lelaki itu boleh mencipta bahagia, dia rela. Tetapi benarkah keputusannya boleh mencipta bahagia? Atau semua ini permulaan pada satu malapetaka?

Post a Comment

0 Comments