Lamaran Di Taman Nakajima by Marissa | Review Novel

Lamaran Di Taman Nakajima by Marissa | Review Novel

Tajuk : Lamaran Di Taman Nakajima
Penulis : Marissa
Helaian : 453
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : Jun 2018

Pertemuan pertama Teya dan Nik Adri berlaku semasa penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Nik pergi bercuti bersama kawan-kawannya manakala Teya membawa diri kerana masalah rumah tangga yang berlaku. Teya terpaksa berhubung dengan Nik sebab tertinggal telefon dan selepas itu mereka mula berkawan baik.

Kedua watak utama ini mempunyai konflik tersendiri. Teya mempunyai masalah rumah tangga apabila suaminya, Zafran curang dengan rakan sekerja Teya bernama Dhinah. penat dengan masalah yang tidak kesudahan, Teya membuat keputusan untuk bercerai.

baca part Teya penat juga dengan perangai Zafran dan Dhinah, pastu Dhinah pula rakan sekerja dia agak penat juga dengan setiap masa di Dhinah repeat cari pasal. repeat dialog yang sama pula tu. naik muak pula aku.

tapi untungnya Teya sebab ada emak mertua dan kakak ipar yang baik. walaupun sudah bercerai dan anak sendiri yang buat perangai, hubungan tersebut tidak terputus. emak Zafran sangat sayang Teya dan anggap macam anak sendiri sampai Dhinah pula cemburu sebab emak mertua tak ngam dengan dia.

Konflik part Nik pula bila ada kawan yang suka berseronok tapi tak nak ada komitmen dalam perkahwinan. Nasiblah Nik dah berubah dan mahu fokus pada kerjaya dan hubungan dia dengan Teya. perangai kawan yang duri dalam daging ni sangat bahaya, langsung tak hormat masa dan privasi Nik pada keluarga. Teya bijak dan tahu untuk melindungi hak dia dan sound Erin yang sebenarnya dah lama simpan perasaan pada Nik.

aku suka watak Teya yang kuat dan tabah menghadapi ujian dalam hidupnya. Nik pula nampak matang dan cuba perbetulkan kesilapan silamnya bila bersama Teya. ayat manis Nik aishhh memang betul mat romeo.

aku rasa buku ni macam recycle karya sebelum NI juga tapi overall, nice story dan kisah yang penuh dengan pengajaran.

**MY RATING: 3.5/ 5**


“Wei!” Linda sahabat baik panggil aku di tempat ketibaan.

“Sorrylah. Aku tak tahu handphone aku cicir kat mana.”

“Memanglah. Aku telefon, mamat yang jawab. Dia cakap kau tertinggal handphone kat tempat duduk kau.”

“Allah.” Aku pegang dahi. Rasanya sebab tu kut lelaki sebelah aku panggil aku. Salah dia jugaklah. Yang panggil aku sayang tu kenapa? Panggil saudari saja tak boleh ke? Kalau dia panggil aku kakak pun aku takkan marah punya. Ini siap panggil sayang. Dia ingat aku apa?

Aku jumpa dia kali pertama di dalam pesawat dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Tak sangka duduk sebelah dia dan dikelilingi kawan-kawan dia. Ada seorang kawan dia suruh aku berhati-hati dengan dia sebab dia dikatakan mat romeo.

Masa pesawat sudah mendarat, kelam-kabut aku tinggalkan tempat dudukku. Si mat romeo bukan main panggil aku.

“Sayang…”
Gatal!

Semakin laju aku melangkah. Tak toleh-toleh lagi. Kalau toleh, sah aku pulak yang dia tuduh gatal.

“Sayang, tunggulah. Awak tertinggal ni…”
Aku jeling tajam.

“Awak tertinggal hati saya!”
Kurang ajar. Dia main-mainkan aku rupanya. Habis aku kena gelak dengan kawan-kawan dia.

Aku tak tunggu lagi dan baru aku tersedar telefon bimbitku tiada bersamaku. Rasanya kisah aku dengan lelaki tu bakal menjadi panjang.

Post a Comment

0 Comments