Kalut (TV1) | Review Telefilem

Kalut (TV1) | Review Telefilem

Telefilem : Kalut
Produksi : Summit Treasure
Pengarah : Rosliana Roslie
Idea Asal : Mahani Shafee
Penulis Skrip : Rosliana Roslie
Siaran : TV1
Tayangan : 15 Mei 2021
Durasi : 1 jam 27 minit
Genre : Romantik, Komedi
Pelakon : Mimi Ernida, Nafiz Muaz, Kazar Saisi, Khatijah Tan, Rosmaliza Md Zin, Zainol Ismail, Anuar Ashari

SINOPSIS:
Farah terlalu sibuk bekerja hinggakan tidak sempat berfikir tentang jodoh. Namun, dalam diam, ibunya telah mengatur jodoh Farah dengan anak Lebai Leman, imam di kampung mereka. Farah telah berpakat dengan rakan sekerjanya, Kamal untuk menyamar sebagai teman lelakinya.

Kalut (TV1) | Review Telefilem

Kisah Farah (Mimi Ernida) yang kalut menghabiskan kerjanya untuk pulang beraya ke kampung halaman yang terletak di Kedah. Farah bertembung  dengan Firdaus (Nafiz Muaz) yang terlepas bas dan mahu menumpang keretanya.

Kebetulan pula, Farah dan Firdaus pernah satu sekolah dulu tapi dah 15 tahun tak berjumpa. sebab kesian, Farah tumpangkan Firdaus untuk balik beraya sekali.

Dalam perjalanan tersebut, pelbagai perkara dan masalah yang berlaku seperti minyak kereta habis dan tayar pancit. Walaupun Farah garang tapi Firdaus tetap sabar melayan kerenah Farah.

Kalut (TV1) | Review Telefilem

plot telefilem kalut ni sangat simple tapi terhibur juga dengan loghat kedah pelakon ni dan juga telatah Farah yang garang macam singa. yang kesian Firdaus la, salah sikit je dia yang kena marah nasib member jenis penyabar.

ending dia comel la sebab Farah ni plan bawa kawan sekerjanya, Kamal untuk menyamar sebagai teman lelaki sebab nak tolak pinangan anak Lebai Leman tapi si Kamal ni bawa rombongan meminang Farah. habis kalut. yang kelakar, rupanya Firdaus ni anak Lebai Leman yang nak dijodohkan dengan Farah.

Overall, menghiburkan untuk tontonan santai dan nice ending.

Baca juga: Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya lakonan Fikry Ibrahim dan Emma Maembong

Post a Comment

0 Comments