Hero Seorang Cinderella by Anjell | Review Novel

Hero Seorang Cinderella by Anjell | Review Novel

Novel : Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Helaian : 705
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2016

Hero Seorang Cinderella, dari tajuk pun dah nampak ceritanya macam klise. kisah Nura Medina yang dibesarkan oleh bapanya, Dato Azizan dan tinggal bersama ibu tirinya, Datin Mawar dan kakak tirinya, Puteri. tapi ini versi Cinderella alaf 21 yang reti juga melawan bila dibuli oleh emak tiri dan kakak tirinya.

Kepulangan Tengku Ian Uzzam ke Malaysia dengan satu misi yang berkaitan dengan Medina. Pertemuan tidak sengaja dengan Medina membuatkan Ian mahu lebih mengenali gadis itu dan tanpa sengaja dia menjadi hero menyelamatkan cinderellanya yang dibuli.

Permulaan ceritanya menarik juga tapi agak susah nak habiskan novel ni dengan laju sebab tebal sangat padahal plot dia simple sebenarnya dan agak terganggu juga dengan watak yang tak consistent.

Tengku Ian Uzzam sebagai hero bagi aku tipikal hero dalam novel Anjell, seorang yang gentleman dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan Medina bahagia. Walaupun ada fitnah yang ditaburkan oleh Datin Mawar dan Puteri tapi Ian tak cepat melatah malah dia lebih mempercayai Medina.

Nura Medina sebagai heroinnya hurmm kadang aku suka watak ni sebab dia jenis bijak dan melawan bila dibuli tapi masalahnya Medina kurang matang dan bertindak mengikut perasaan. aku tahu bukan mudah nak maafkan Puteri tapi aku mengharapkan kat penghujung watak ni lebih tenang dan matang bukan buat perangai mengalahkan budak tak cukup umur.

watak jahat pun sama juga. aku boleh terima pengakhiran untuk Datin Mawar tapi Puteri ni alahai baik betul ending dia. apa yang Puteri buat pada Medina bukan kes ringan dan itu rancangan jahat dia sendiri upah orang untuk perdajalkan hidup Medina. lepas tu tiba-tiba nak buat watak ni bertaubat sebab dah terjatuh cinta dengan abang Medina, Farizzam. sebab takut Farizzam tak boleh terima kau lepas apa yang kau dah buat kat adik dia. eh eh bila tahu siapa Farizzam baru kau nak menyesal? nonsense!

Farizzam pun alahai lembut betul hati boleh terima Puteri kalau aku maybe boleh maafkan Puteri ni tapi nak terima dia masuk balik dalam keluarga tu memang tak lah. geram pula bila watak terlebih baik tak bertempat dan lepas apa yang berlaku tetap juga lebihkan orang luar dari anak sendiri.

ntahlah kadang tu sambil baca novel ni aku terfikir juga logik ke manusia boleh jadi positif macam ni lepas diuji sebegitu hebat.  tapi overall boleh komen kisah yang sangat klise tapi not bad la untuk bacaan santai, yang positif jadikanlah pengajaran.

**MY RATING: 3.0 /5**

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Post a Comment

1 Comments

  1. Cinderella ...antara watak yang menjadi idaman para gadis dan kanak kanak.Kita contohi mana yang baik dan ambil pengajaran dari sudut positive kan...
    Done follow

    ReplyDelete