Title : Kiraz Mevsimi (Cherry Season)
Director : Eda Teksoz, Asli Kahraman
Release Date : 4 July 2014
Episodes : 59
Genre : Romance, Comedy
Cast : Ozge Gurel, Serkan Cayoglu, Daghan Kulegec, Nilperi Sahinkaya, Nihan Isiksacan, Aras Aydin, Fatma Toptas, Serkan Borekyemez, Neslihan Yildan
Mengisahkan Oyku (Ozge Gurel) seorang gadis biasa yang bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen selepas tamat pengajiannya kelak.
Oyku menyimpan perasaan pada abang kawan baiknya, Mete (Daghan Kulegec) sejak kecil lagi. tapi belum sempat nak confess, Mete dah kena sailang dengan Seyma.
Oyku bertemu Ayaz (Serkan Cayoglu) dalam satu insiden dan sejak hari itu mereka selalu bertembung dan berakhir dengan pergaduhan sehinggalah Oyku dapat tahu Ayaz adalah kawan baik dan business partner Mete.
Suatu hari, Oyku secara tak sengaja terhantar surat cinta dan hadiah ke pejabat Mete tapi sebab takut kantoi dengan Mete waktu tu, Oyku terus cakap yang dia suka kat Ayaz.
Dari awal lagi Ayaz tahu perasaan Oyku dan dia tahu hadiah tersebut untuk Mete so dia ikutkan sahaja permainan Oyku secara tak langsung berlakon jadi teman lelaki Oyku.
Ayaz pula playboy dan tak pernah serius dengan mana-mana perempuan sehinggalah dia bertemu Oyku dan terjatuh hati dengan gelagat gadis tersebut.
Walaupun Ayaz ni buaya tapi Oyku ni bertuah sebenarnya dapat Ayaz sebagai teman lelaki sebab Ayaz ni sangatlah supportive.
obviously Seyma ni cemburukan Oyku dan rasanya dia tahu Oyku ada perasaan pada Mete tapi tetapkan juga caras Mete sebab Mete tu kaya padahal dia dah ada boyfriend waktu tu.
paling menyampah dengan Seyma sebab dia ni jenis kawan makan kawan, depan kemain baik tapi belakang-belakang tak habis dok mengutuk Oyku. cuma Oyku yang terlebih naif anggap dia sebagai kawan.
paling kesian juga dengan Mete sebab jatuh cinta dengan Seyma tanpa menyedari yang Seyma ada hubungan dengan lelaki lain.
tapi kan Ayaz ni lagi hensem berkali-kali ganda kot dari Mete, aku tak faham kenapa Oyku nak frust giler bila Mete dengan Seyma sedangkan fake boyfriend dia lagi hensem.
Burcu ni watak paling comel dan positif dalam drama ni sebab dia kawan yang supportive kepada Oyku. Burcu cukup anti dengan Seyma sebab dari awal dia nampak Seyma ni macam licik.
Burcu crush dengan Emre tapi Emre selalu je ignore dan tak layan dia. selain kisah hero dan heroin, kisah cinta Burcu ni pun comel juga.
overall plot Kiraz Mevsimi ni menarik tapi tak dikembang dengan baik, jalan ceritanya terlalu meleret tak ada hala tuju. actually not bad lah cerita dia sebab chemistry hero dan heroin tu best tapi aku bosan dengan plot dia yang slow dan klise so aku mampu bertahan sampai episod lima je.
watak Oyku ni agak annoying sebab dia berjaya tunjukkan yang perempuan selalu betul. kat mata dia tu ada je benda yang tak kenal pasal Ayaz walaupun sebenarnya salah dia tapi nasib baiklah comel dan Ayaz pun layan je perangai childish si Oyku ni.
lagu tema drama ni best dan lagi satu chemistry Ozge dan Serkan ni memang on top so tak hairanlah kalau dalam real life mereka end up jadi pasangan kekasih.
1 Comments
Pergh!! Panjang betul.. 59 episod tu..
ReplyDelete