Walaupun dah rasa tengok drama banyak rupanya banyak lagi drama yang aku lupa atau tak sempat tengok tapi tak kisahlah sebab tengok pun sebagai hobi mana sempat kita share kat blog. kalau korang tak ada idea bolehlah tengok senarai drama yang sis rekomen dibawah ni. senarai ni bukan based on rating tapi random letak mana yang ingat.
1. Revenant
Pelakon : Kim Tae Ri, Oh Jung Se, Hong Kyung, Kim Hae Sook
Genre : Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Episod : 12
Network : SBS, Disney Plus
Mengisahkan Gu San Yeong yang tanpa sedar mewarisi saka keturunan sebaik ayahnya meninggal dunia. Gu San Yeong bersama Professor Yeon Han Sang cuba menyiasat misteri asal usul saka tersebut bagi membebaskan dirinya dari didampingi roh jahat tersebut.
Review Drama : Revenant
2. Moving
Pelakon : Han Hyo Joo, Jo In Sung, Ryu Seong Ryong, Cha Tae Hyun, Lee Jung Ha, Go Youn Jung
Genre : Action, Thriller, Mystery, Supernatural
Episod : 20
Network : Disney Plus
Drama ala-ala Avengers gitu, mengisahkan bekas ejen NIS yang mempunyai kuasa luar biasa menyembunyikan diri bagi melindungi anak-anak mereka dari dikesan dan dijadikan agenda politik oleh kerajaan.
Review Drama : Moving
3. Doctor Cha
Pelakon : Uhm Jung Hwa, Kim Byung Chul, Myung Se Bin, Mi Woo Hyuk
Genre : Comedy, Life, Medical
Episod : 16
Network : JTBC, Netflix
Mengisahkan Cha Jung Sook seorang pelajar perubatan yang terpaksa melupakan impiannya setelah berkahwin dan menjaga keluarganya. Selepas sembuh dari penyakitnya, Cha Jung Sook tekad untuk mengejar impiannya selepas 20 tahun dan memulakan tugas sebagai doktor pelatih di hospital suami dan anaknya.
Review Drama : Doctor Cha
4. Boyhood
Pelakon : Im Si Wan, Lee Su Bin, Kang Hye Won, Lee Shi Woo
Genre : Komedi, Aksi, Thriller
Episod : 10
Network : Coupang TV
Mengisahkan seorang budak sekolah yang selalu menjadi mangsa buli tapi nasibnya berubah apabila berpindah ke sekolah baru dan menjadi ketua samseng sekolah akibat salah faham yang berlaku.
Review Drama: Boyhood
5. Crash Course In Romance
Pelakon : Jeon Do Yeong, Jung Kyung Ho, Roh Yoon Seo, Shin Jae Ha
Genre : Romantik, Komedi
Episod : 16
Network : TVN/ NETFLIX
Kisah cinta cikgu tuisyen terkenal dengan pemilik kedai makan yang juga emak saudara kepada salah seorang pelajarnya.
Review Drama: Crash Course in Romance
6. Welcome To Samdal-ri
Pelakon : Shin Hye Sun, Ji Chang Wook
Genre : Romantik, Komedi
Episod : 16
Network : JTBC/ Netflix
Mengisahkan kerjaya Samdal sebagai jurugambar fesyen terkenal yang musnah selepas terpalit kontroversi membuli juniornya. Samdal membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Jeju dan bertemu semula dengan kawan baiknya yang juga bekas teman lelakinya.
Review Drama: Welcome To Samdal-ri
7. My Dearest
Pelakon : Namkoong Min, Ahn Eun Jin
Genre : Romantik, Melodrama, Sejarah
Episod : 21
Network : MBC
Kisah cinta seorang gadis dari keluarga bangsawan dengan seorang lelaki misteri ketika negara dalm fasa peperangan.
Review Drama: My Dearest Part 1
8. Business Proposal
Pelakon : Kim Se Jeong, Ahn Hyo Seop, Kim Min Gue, Seo In Ah
Genre : Romantik, Komedi
Episod : 16
Network : SBS/ Netflix
Mengisahkan Shin Hae Ri yang terpaksa menyamar menggantikan kawan baiknya pergi ke blind date namun dia terkejut bila CEO syarikatnya adalah pasangan temujanjinya.
Review Drama: Business Proposal
9. Twenty Five Twenty One
Pelakon : Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook
Genre : Romantik
Episod : 16
Network : TVN/ Netflik
Mengisahkan Baek Yi Jin seorang pemuda dari keluarga kaya terpaksa bekerja keras selepas keluarga jatuh muflis kesan dari kegawatan ekonomi yang melanda. Baek Yi Jin bertemu Na Hee Do seorang pelajar sekolah yang mempunyai minat dalam sukan fencing.
Review Drama: Twenty Five Twenty One
10. Soundtrack #1
Pelakon : Park Hyung Sik, Han So Hee
Genre : Romantik
Episod : 4
Network : Disney+Hotstar
Mengisahkan seorang penulis lirik yang meminta bantuan dari kawan baiknya untuk tinggal serumah dalam tempoh dua minggu bagi mendapatkan ilham menulis lirik lagu.
Review Drama: Soundtrack #1
11. My Liberation Notes
Pelakon : Kim Ji Won, Son Seok Koo, Lee Min Ki, Lee El
Genre : Romance, Life
Episod : 16
Network : JTBC/ Netflix
Kisah tiga adik beradik yang tinggal di pinggir bandar terpaksa berulang-alik dalam jarak jauh ke tempat kerja merek yang terletak di Seoul. Min Jung seorang introvert jatuh cinta dengan Mr Gu seorang lelaki misteri yang bekerja membantu ayahnya di ladang.
Review Drama: My Liberation Notes
12. Alchemy of Souls
Pelakon : Lee Jae Wook, Jung So Min, Hwang Min Hyun
Genre : Romantik, Aksi, Fantasi, Sejarah
Episod : 16
Network: TVN/ Netflix
Kisah Noksu seorang pembunuh upahan yang terperangkap dalam tubuh badan gadis yang lemah menyebabkan dia tidak dapat menggunakan kuasanya. Noksu menjadi hamba kepada Jang Uk, anak kepada keluarga bangsawan terkenal.
13. Link: Eat, Love, Kill
Pelakon : Yeo Jin Goo, Moon Ga Young
Genre : Misteri, Romantik, Fantasi
Episod : 16
Network : TVN/ Disney+Hotstar
Mengisahkan seorang lelaki yang berkongsi link emosi yang sama dengan seorang gadis.
Review Drama : Link:Eat, Love, Kill
1 Comments
ada yg tgk and ada yg lum...byk sgt cita korea yg best best kan?
ReplyDelete