My Happy Marriage (2023) | Review Movie

My Happy Marriage (2023) | Review Movie

Title : My Happy Marriage
Director : Tsukahara Ayuko
Screenwriter : Kanno Tomoe
Release Date : 17 March 2023
Duration : 1 hour 54 minutes
Genre : Historical, Romance, Fantasy
Cast : Imada Mio, Meguro Ren, Watanabe Keisuke, Onishi Ryusei, Maeda Oshiro, Takaishi Akari, Yamamoto Mirai, Tsuchiya Tao

SYNOPSIS:
Saimori Miyo was the unfortunate child of a loveless, arranged marriage. After her mother died, her father brought in his lover and her own daughter, Kaya. From then on, Miyo's life was reduced to that of a mere servant. 

Even worse, while Kaya inherited the family's psychic abilities, Miyo had none—she was truly the daughter with no merit. After years of being treated like dirt, Miyo has learned to keep her head down, hide her pain, and obey every order. So, it comes as no surprise that she is arranged to be married to Kudo Kiyoka, a military captain rumored to be so cruel that he has driven away every one of his potential wives so far. 

From a painful upbringing to a painful marriage, that's the future that awaits Miyo—or so she thought. Contrary to her expectations, her new husband is actually kind-hearted. What really awaits Miyo is a blissful, everlasting marriage full of happiness!

Filem My Happy Marriage diadaptasi dari novel Watashi no Shiawasena Kekkon karya Akumi Agitogi. Versi anime juga baru release pada 5 Julai 2023, boleh ditonton di Netflix. aku pun terjebak dari anime pastu baca novel dia then baru tahu ada live action.

My Happy Marriage (2023) | Review Movie

Mengisahkan Saimori Miyo (Imada Mio) yang lahir dalam keluarga bangsawan tapi dilayan seperti hamba abdi. Selepas emaknya meninggal dunia, bapa Miyo berkahwin dengan bekas kekasihnya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kaya (Takaishi Akari).

Miyo menderita apabila dibuli oleh emak tiri dan adik tirinya, bapanya langsung tidak peduli dengan Miyo tambahan pula Miyo tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Kaya.

My Happy Marriage (2023) | Review Movie

Suatu hari, Miyo ditunangkan dengan Kudo Kiyoka (Meguro Ren) yang dikatakan kejam dan telah menolak ramai gadis yang ditunangkan dengannya. Miyo dihantar jauh untuk tinggal bersama Kiyoka

Kudo Kiyoka dah reject ramai gadis so dia tak kisah sangat apabila ditunangkan dengan Miyo. tapi bila tengok Miyo tidak seperti gadis bangsawan lain, dia curious dan menyiasat latar belakang keluarga Saimori. dari situ baru dia tahu Miyo didera oleh emak tiri dan adik tirinya. Slowly Kiyoka tertarik dan jatuh cinta dengan dengan Miyo.

My Happy Marriage (2023) | Review Movie

My Happy Marriage sebuah filem romantik fantasi, mengenai Gift (individu yang mempunyai kuasa luar biasa) yang menghapuskan kuasa kejahatan atau Grotesqueris. 

Setiap keluarga bangsawan mempunyai keistimewaan masing-masing seperti Saimori mempunyai kuasa angin dan Usuba boleh manipulate minda orang lain. paling top sekali adalah keluarga Kudo. Kudo Kiyoka berkhidmat dalam kerajaan sebagai ketua anti-Grotesqueris.

Dalam versi anime, jalan ceritanya sangat detail macam novel dia. Dalam live action pula, jalan ceritanya bukan sahaja mengenai kisah percintaan Miyo dan Kiyoka, tapi juga konflik yang berlaku dalam kerajaan bila mana ada pihak tertentu membebas grotesqueris yang dikurung untuk menimbulkan huru-hara. 

My Happy Marriage (2023) | Review Movie

Kemunculan Tsuruki Arata (Watanabe Ryusei) menimbulkan tanda tanya tapi kemudiannya tersingkap rahsia ibu Miyo yang berasal dari keluarga Usuba. kuasa keluarga Usuba sangat power disebabkan itu juga mereka memilih untuk tidak mendedahkan identiti mereka.

My Happy Marriage (2023) | Review Movie

anime dia sangat details, bila tengok filem pula rasa macam laju giler plot dia bergerak. bukan senang nak compress novel yang panjang dalam masa dua jam so bagi aku versi filem pun best juga. 

ini pertama kali aku tengok hero dan heroin dia berlakon, mereka bawa watak masing-masing dengan baik sekali dan chemistry pun mantap. overall, nice movie.

Post a Comment

3 Comments

  1. suka tengok interaksi ML & FL...hero malu2 kucing..sekrg tgk depa berdua dlm movie Trillion Game..

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel diorang dua ni. dah lama xlayan citer jepun bolehlah try drama tu pula..hehe

      Delete
  2. ntah berapa kali asyik tangguh je nak tgk cerita ni
    adehhhh

    ReplyDelete