Novel : Konspirasi 365
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 502
Penerbit : Rumah Pena Kayu
Terbitan : Januari 2020
Kisah Haira dan Leon yang berkahwin kerana satu perjanjian untuk menyiasat misteri kematian abangnya, Amran yang nampak seperti kemalangan biasa.
Ayah Haira merancang untuk mengahwinkan Haira dengan orang kepercayaannya, Elmidin dan mahu menyerahkan urusan syarikat kepada Elmidin kelak. Haira memang ada hati dengan Elmidin tapi bila tahu lelaki itu menganggapnya tak lebih daripada seorang adik, dia jadi kecewa. Haira bersetuju untuk berkahwin dengan Leon kerana mahu tahu siapa yang terlibat dalam kematian abangnya.
Plot Konspirasi 365 agak menarik, seriusly curius juga nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Amran. siapakah yang terlibat dalam konspirasi terancang ini? Adakah wang ringgit menjadi motif pembunuhan?
tapi jalan cerita keseluruhannya lebih tertumpu pada hubungan Haira dan Leon. Perkahwinan tanpa cinta dan kemudiannya terbitlah bunga-bunga cinta. tapi kedua-keduanya tidak berani meluahkan perasaan dan dikuasai perasaan cemburu. Haira cemburu bila muncul kekasih lama Leon iaitu Katherine. Leon pula cemburu melihat hubungan rapat Haira dengan abang El. so agak penat sikit membaca bila masing-masing banyak main tarik tali.
watak Leon seorang yang protective dan bercakap benda penting je, sis suka tapi somehow sis penat juga dengan perangai dia yang kuat berahsia. geram tau sebab bila dia tak nak berterus terang benda yang penting then Haira boleh jadi salah faham. actually sweet je Leon ni tapi itulah perangai macam lion..haha
so overall, permulaan cerita banyak berteka-teki dan agak slow tapi bila kat hujung-hujung makin menarik jalan ceritanya bila satu persatu rahsia terbongkar. menarik juga plot twist dia.
** MY RATING: 4.0 /5 **
Baca juga : Novel Menunggumu karya Pena Kayu
"Marry me."Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran."Abang awak dibunuh. Saya perlu awak sebagai isteri saya untuk tangkap pembunuh tu."Berita apa ini? Tak mungkin Abang Amran dibunuh. Namun setelah bukti dibentangkan dan suspek utama adalah ayahnya sendiri dan Abang El, Haira jadi terdesak. Demi sebuah kebenaran, Haira mempertaruhkan dirinya. Lamaran Leon diterima.Tetapi benarkah Abang Amran dibunuh? Atau seperti kata Abang El, ini semua konspirasi Leon untuk memerangkapnya? Tetapi kenapa mesti dia yang diperangkap? Salahnya apa?"Awak langsung tak faham saya, Haira. You have been nothing but self righteous and entitled since I met you. Awak persoalkan semua keputusan saya. Awak tak percayakan saya!"Memang Haira tidak percayakan siapa-siapa lagi, termasuk suaminya sendiri. Leon juga suspek. Tetapi kenapa Leon mesti selalu ada ketika dia kesusahan? Leon itu mahunya apa?Keresahan Haira memuncak setelah Kate muncul. Kate si permata hati Leon. Sedangkan Haira pula, cuma perhiasan di rumah Leon."Saya takkan ke mana-mana," luah Leon dengan lirikan yang payah untuk Haira tafsirkan."Awak boleh cuba ketepikan saya.." Kedua-dua belah pipinya disentuh pula. Lama sebelum lengannya dipaut dengan cukup erat. Kemudian lelaki itu menundukkan wajah. Membiarkan dahi mereka bertembung. Membiarkan nafas mereka bertembung."Tapi awak takkan berjaya. Awak perlukan saya, Haira.. dan saya lebih memerlukan awak," luah Leon setenang-tenangnya. Tegas dan sepenuh pengertiannya. Mendera dan dalam masa sama menggoda. Jadi, Kate mahu dicampak ke mana?Haira mahu melupakan semua yang menyesakkan sanubari. Namun kejahatan yang mengekorinya, tak pernah lupa pada konspirasi mereka."Dalam masa 365 hari, Haira akan lenyap dari muka bumi ni."Jadi betul, dia menyerahkan hatinya pada pembunuh? Jadi betul, dia akan dibunuh?
2 Comments
kerja si Kate ke nak lenyapkan Haira tu?
ReplyDeletebukan. ada rahsia lain family Haira ni dan orang yang tak disangka menjadi punca.
Delete