Jibrael: You're Mine by Suci Hidayat | Review Novel

Jibrael: You're Mine by Suci Hidayat

Novel : Jibrael: Youu're Mine
Penulis : Suci Hidayat
Helaian : 347
Penerbit : Suci Love Story
Terbitan : November 2017

Mengisahkan Ku Jibrael yang pernah dicurangi bekas tunangnya menyimpan perasaan benci pada wanita. Jibrael mengikut kemahuan ibunya untuk berkahwin dengan Dara Adalia tapi dalam diam dia membuat perjanjian dengan gadis itu yang memerlukan wang untuk rawatan ibunya.

Jibrael membayar sejumlah wang kepada Dara untuk berkahwin dengannya dengan syarat mereka tidak akan jatuh cinta dan Dara akan diceraikan sebaik sahaja melahirkan zuriat untuknya. Dara bersetuju namun dia jatuh cinta kepada suaminya sebaik sahaja mereka berkahwin.

novel ni agak hype juga dan aku tertarik nak baca buku ni disebabkan tema bad boy yang diketengahkan tapi sudahnya sis kecewa wei sebab ini bukan bad bod yang gentleman gitu tapi totally bad jerk atau dayus yang menggunakan kuasa suami untuk bantai isteri sendiri.

seriusly aku tak boleh masuk dengan novel ni, sudahlah bahasa yang digunakan oleh Jibrael bukan main kasar lepas tu kau buat isteri kau macam punching bag pula. apa mesej yang cuba disampaikan melalui jalan cerita dan watak yang sebegini rupa? tak sukalah nak romanticize cite toxic relationship macam ni.

pendek cakap, Jibrael ni ada trust issues dengan pasangannya sebab trauma yang ditinggalkan bekas tunangnya dan menjadi mangsa adalah isteri sendiri. watak Dara Adalia pula hurmm lemah. kesian. so overall, boleh campak tepi perangai hero macam ni.

**MY RATING : 2.0 /5**


KU JIBRAEL KU JALEEL, lelaki jelmaan hero novel yang menjadi dambaan jiwa setiap perempuan. Sempurna luar dan dalam, sangat penyayang dan terlalu menyukai bayi dan kanak-kanak. 

Tapi, itu dulu. Lelaki itu berubah 360 darjah apabila satu-satunya wanita yang terlalu dicintai, yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya, meninggalkannya begitu sahaja. Malah kelelakian JIBRAEL tercabar apabila ditinggalkan di dalam majlis pernikahannya sendiri. 

Hormatnya pada perempuan, lenyap. Perempuan menjadi makhluk yang sangat dibenci. Seorang demi seorang perempuan menjadi mangsa dendamnya. Ditabur manisan cinta, diragut kehormatan mereka, lalu perempuan-perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja. 

Namun, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah padam. Keinginan itulah yang menemukan Jibrael dengan Dara Adalia. 

“Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak.” – Ku Jibrael. 

Kerana tertipu, terdesak dan terjerat, Dara terpaksa bersetuju, rela dan akur. 

Dara jatuh cinta kepada Jibrael sebaik sahaja termeterai ikatan halal di antara mereka. Dan rasa cinta itu semakin mekar disetiap sentuhan meskipun Jibrael berulang kali mengingatkan bahawa perasaan cinta diharamkan sama sekali di dalam perkahwinan mereka. 

Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. 

“Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael.” – Dara Adalia. 

Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?

Post a Comment

0 Comments