Turkish Drama: Kan Cicekleri (2022)

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

Title : Kan Çiçekleri
English Title : Blood Flower
Release Date : 5 December 2022
Episodes : 255
Duration : 60 minutes
Cast : Baris Baktas, Yagmur Yuksel, Hilal Kuvvet, Ekrem Aral Tuna, Dilek Guler, Yilmaz Ulutas, Gokhan Gurdevis, Nuray Serefoglu, Buse Bedir, Goksel Kayahan, Ceydar Pinar, Tulin Ayhan, Hasan Balliktas

SYNOPSIS:
Dilan and Baran are forced to marry to end a feud and save their brother, but their uncle wants to rekindle it. This conflict-filled relationship will bring strong winds between two hearts, but will it turn into a real marriage?


Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

Kan Cicekleri sebuah kisah cinta dan dendam antara Baran (Baris Baktas) dan Dilan (Yagmur Yuksel). 

Mengisahkan keluarga Baran mahu membalas dendam atas kematian ibunya. Setelah bertahun mereka berjaya menjejaki Seyit dan mahu menyelesaikan hutang darah ini dengan mengambil nyawa anak lelaki Seyit.

Tapi Baran tak setuju dengan nenek dan pakciknya sebab dia tak mahu membalas dendam dengan membunuh makanya dia paksa anak perempuan Seyit iaitu Dilan untuk berkahwin dengannya  untuk menyelesaikan dendam tersebut.

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

plot Kan Cicekleri agak menarik juga tapi aku lagi tertarik dengan watak dan lakonan Baran. Watak Baran seorang yang dominan, tegas dan tak mudah terpengaruh dengan anasir jahat. 

Walaupun pakcik dan nenek dia nak dendam ni diselesaikan dengan nyawa tapi Baran pilih untuk tamatkan dendam ini dengan perkahwinan sebab tak nak cycle ni berulang. Perkahwinan yang dibina atas dasar benci kemudiannya bertukar menjadi cinta.

tapi aku mampu tengok drama ni sampai episod 5 sahaja sebab ada beberapa watak yang toxic dan tak make sense pastu agak terganggu dengan lakonan heroin yang mehh kaku kayu.

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

Dilan pula bercita-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara namun demi menyelamatkan abangnya, Dilan terpaksa setuju berkahwin dengan Baran.

Keluarga Dilan sangat baik dan sayang dengan Dilan kecuali emaknya sebabnya Dilan cuma anak angkat sebab tu emak dia tak kisah Baran ambil Dilan asalkan anaknya selamat. 

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

jalan ceritanya agak straighfoward juga sebab dari awal dah tahu dalang pembunuh ibu Baran adalah pakciknya, Hasan. motifnya nak bolot harta keluarga. cuma tak sure macam mana bapa Dilan boleh terlibat sebab sis pun malas nak follow cerita ni sampai habis.

Hasan gigih menghasut Baran suruh bunuh anak Seyit pastu bila Baran masuk penjara bolehlah dia bolot harta malangnya semua itu tak berlaku. so dia hasut pula Cihan (adik Baran) dan mamat ni pula senang terpengaruh.

nasiblah watak hero Baran cerdik, bila adik dia tahu pasal dendam keluarga mereka auto Baran tahu siapa yang mulut longkang terus Hasan dan anak dia kena warning dengan Baran 

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

watak nenek Baran, Azade pun problem juga. sepatutnya sebagai orang paling tua dalam keluarga, kau cuba menenangkan keadaan tapi dia pula yang baran.

yang aku tak faham dia nak kahwinkan Baran dengan calon pilihannya dalam masa yang sama nak Baran bunuh pembunuh emaknya. pastu kalau Baran masuk penjara, bini dia macam mana pula? eh eh pendek akal juga nenek ni pun.

of course lah bila Baran cakap nak kahwin dengan Dilan, Azade antara orang yang menentang hebat perkahwinan tersebut.

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

Azade nak kahwinkan Baran dengan Derya kononnya calon paling sesuailah padahal perempuan ni talam dua muka berangan tinggi nak bolot harta Baran.

actually aku start turn off dengan drama ni sebab acting Derya ni pun sama naik kayu juga. bila Baran beritahu nak kahwin dengan Dilan, si Derya ni kemain beria-ria menangis. kau apahal perempuan? serius aku tak faham, lain kalau Baran tu kekasih kau.

seriusly ini watak antagonis yang kelakar aku pernah jumpa sebab sepatutnya watak villain ni jadi annoying dan menyakitkan hati, tapi aku tergelak tengok acting dia yang awkward.

Drama Turki: Kan Cicekleri (2022)

apa yang aku boleh komen plotnya agak menarik pada episod pertama dengan lakonan mantap dari heronya. tapi plot dan wataknya tak dikembangkan dengan baik sampai episod 5 ni aku dah bosan sebab asyik repeat benda yang sama. tak berbaloi nak tonton sampai episod 255 bila jalan ceritanya klise.

Post a Comment

0 Comments