Novel : Dheo's
Penulis : Anjell
Helaian : 653
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2018
Siapa yang masih lagi belum berjaya dapatkan Rose's, prekuel kepada Dheo's? samalah kita..haha
actually dari awal lagi aku give up tapi kebetulan semalam terbuka ig dan ternampak Karyaseni akan open order pukul 12. kita pun mencuba nasib dok refresh shopee time tu. yang sedih bayang Rose's pun tak nampak tahu-tahu dah sold out dalam masa 5 minit. Geram tau kat shopee tak ada rupanya diorang letak link kat fb. kau rasa? perghh feeling dia macam kena scam.
kesimpulannya cukuplah bagi harapan palsu kat diri sendiri lagi. so marilah kita membelek Dheo's dua tiga hari ni bagi melupakan perasaan hampa ini.
Review Novel Dheo's by Anjell
Mengisahkan Rissa yang baru kehilangan ayahnya kemudian mendapat tahu dia sudah bankrupt kerana ayahnya mempunyai hutang dan menyerahkan segala harta miliknya kepada Dheo Han. Rissa terpaksa bekerja sebagai housekeeper di hotel lelaki itu untuk melangsaikan segala hutangnya.
Siapakah Dheo Han? Adakah mereka saling mengenali?
Dheo seorang yang misteri dan beku. Setiap kali berdepan dengan Dheo, Rissa merasakan mereka mempunyai sejarah namun memori silamnya kosong. Rissa amnesia dan tidak dapat mengingati kehidupan lalunya kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya tiga tahun yang lepas. Banyak peristiwa yang berlaku di sekelilingnya dan hal ini menyebabkan Rissa nekad untuk mencari memorinya yang hilang.
Just giving you my honest opinion, Tesoro. Be careful with the world around you. Stoicism is the best facade. People don't know the darkness lies beneath.All you have to do is remember everything, Rose. Everything. Selagi awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu-ragu dengan setiap status yg keluar dari mulut orang yg nyatakan dia kenal awak sebelum ini.Don't trust a stranger!
aura misteri yang ada pada watak Dheo sangat menarik dan buat kita berteka-teki apa sebenarnya hubungan Dheo dengan Rissa? apa sebenarnya yang terjadi sehingga menyebabkan Rissa kehilangan memorinya?
Jalan cerita semakin menarik apabila Rissa mendapat semula memorinya yang hilang dan satu persatu rahsia Dheo mula terbongkar. Percubaan yang bagus untuk ke arah thriller-mafia tapi overall novel ni lebih kepada romance.
**MY RATING : 3.5 /5**
Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HANNamun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HANJadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?
2 Comments
baca sinopsis je sy dah dapat rasa
ReplyDeletenovel ni lebih kpd romantik
walaupun bukan sepenuhnya
hahaha
Aduh sedih perasaan tu, kne scammed siot..mujur tak minat novel ni hehehe klo tak murung satu hari
ReplyDelete