Boleh Saya Bantu? (TV3) | Sinopsis Drama

Boleh Saya Bantu? (TV3) | Sinopsis Drama
Sumber : Instagram Drama Sangat

Drama Boleh Saya Bantu? akan bersiaran di slot Lestary TV3 menggantikan drama Hawt Fellas bermula 2 Februari 2024 pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9 malam atau boleh juga strim secara online melalui aplikasi Tonton.

Dibintangi oleh Riena Diana, Andi Bernadee, Wanie Ooi, Mark Adam dan ramai lagi. Boleh Saya Bantu sebuah drama komedi mengisahkan kehidupan pekerja di sebuah hotel tiga bintang yang menghadapi pelbagai cabaran dan kerenah manusia yang menginap di hotel tersebut.

Boleh Saya Bantu? (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Boleh Saya Bantu?
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 2 Februari 2024
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Riena Diana, Andi Bernadee, Mark Adam, Nasz Sally, Wanie Ooi, Zaid Erakad, Lela Kadir, Kazar, Didie Alias, Noorkhiriah, Salina Saibi, Johan As'ari, Maria Farida, Ropie, Alif Hadi, Afifah Nasir

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu?

Mengisahkan Nasar (Andi Bernadee) yang baru diberhentikan kerja mencuba nasib menghadiri temuduga di sebuah hotel tiga bintang.  Namun dia gagal mendapatkan jawatan tukang angkat barang atau bellboy yang diidamnya 

Sebaliknya Farida (Riena Diana), pengurus hotel tersebut menawarkan jawatan penyambut tetamu kepada Nasar. Tawaran tersebut menimbulkan perasaan tidak puas Almya (Nasz Sally) yang merupakan pengawai sumber manusia di situ.

Bukan mudah untuk Nasar bekerja sebagai penyambut tetamu kerana tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut lagi-lagi terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah tetamu hotel yang memeningkan dirinya. 

Nasar perlu belajar cara menyelesaikan masalah yang timbul dengan cekap dan professional. Adakah Nasar berjaya menghadapi cabaran tersebut?

Post a Comment

0 Comments