The Bequeathed (2024) | Review Drama Korea

The Bequeathed (2024)

Title : The Bequeathed
Director : Yeon Sang Ho, Min Hong Nam
Screenwriter : Yeon Sang Ho
Network : Netflix
Release Date : 19 January 2024
Duration : 50 minutes
Genre : Thriller, Mystery
Cast : Kim Hyun Joo, Park Hee Soon, Park Byun Eun, Ryu Kyung Soo, Park Sung Hoon, Hyun Bong Sik, Cha Mi Kyung

A woman inherits a gravesite under mysterious circumstances, just as her family's history begins to unravel.

The Bequeathed (2024) | Review Drama Korea

Yoon Seo Ha (Kim Hyun Joo) bekerja sebagai pembantu kepada profesor Kim Chang Seok (Jung In Ki) di sebuah universiti. Kesian juga dengan Seo Ha dah lama jadi pembantu penat membodek tapi tak juga diserap ke jawatan tetap.

Suatu hari, Seo Ha dapat tahu melalui penyiasat peribadi yang diupahnya bahaw suaminya, Yang Jae Suk (Park Sung Hoon) curang. Dalam masa yang sama, dia dapat panggilan dari polis mengatakan bapa saudaranya meninggal dunia dan minta dia uruskan pengembumian disebabkan mangsa tiada anak cuma dia saja waris terdekat.

Ibu bapa Seo Ha dah berpisah sewaktu dia kecil dan selepas itu dia langsung tak jumpa bapanya dan ambil tahu langsung pasal keluarga bapanya. jadi dia cuma mahu segera menyelesaikan urusan pengembumian since dia pun tak pernah jumpa si mati. 

tapi Seo Ha terkejut bila dapat tahu pak ciknya ini mempunyai tanah perkuburan, harta pusaka milik keluarga mereka dan dia merupakan pewaris yang sah sebab pak cik tidak mempunyai anak. tak habis kat situ tiba-tiba muncul seorang lelaki bernama  Kim Young Ho (Ryu Kyung Soo) yang mendakwa adik tiri Seo Ha dan mahu menuntut tanah tersebut.

The Bequeathed (2024) | Review Drama Korea

Pasukan polis yang diketuai oleh Park Sang Min (Park Byung Eun) syak kematian pak cik Seo Ha ada unsur pembunuhan sebab bedah siasat menemui racun dalam badan si mati makanya polis syak Seo Ha dan Kim Young Ho menjadi suspek kes tersebut kerana harta pusaka tersebut.

Semasa pasukan polis menumpukan penyiasatan terhadap dua beradik tiri tersebut, Detektif Choi Seung Jun (Park Hee Soon) pergi ke kampung tersebut untuk menyiasat sendiri kes tersebut. Hasil siasatanya menemui ada satu syarikat ni nak bina padang golf di situ cuma pak cik Seoha yang tak mahu jual tanah pusaka miliknya sedang penduduk kampung yang lain bersetuju. Hal ini menyebabkan pak cik Seoha dibunuh.

plot drama ni sangat menarik dan best sebab jalan ceritanya susah nak ditembah dan penuh kejutan. Kematian pak cik Seo Ha cuma permulaan sebab lepas tu ada lagi kes kematian yang berlaku. Seo Ha mendakwa Kim Young Ho adalah dalang pembunuhan yang berlaku kerana merampas tanah tersebut.

The Bequeathed (2024) | Review Drama Korea

Dalam pasukan polis juga ada konflik tersendiri antara Choi Seung Jun dan Park Sang Min yang dulunya sangat rapat tapi berubah selepas berlaku satu tragedi antara mereka.

Park Sang Min sebagai ketua pasukan tidak puas hati sebab penyiasatannya selalu salah dan Choi Seung Jun yang selalu lead ke arah jalan yang betul. Walaupun Choi Seung Jun selalu bagi kredit pada Park Sang Min tapi ahli pasukan yang lain tahu dan mempersoalkan kredibiliti Park Sang Min sebagai ketua.

mula-mula hairan juga kenapa Choi Seung Jun jadi outcast dalam pasukan dia sedangkan skill penyiasatan lagi hebat dari teammate yang lain rupanya ada kaitan dengan tragedi silam yang berlaku. Seung Jun terima sahaja amarah dan tak ambil kredit untuk dirinya sebab rasa bersalahnya pada Park Sang Min.

The Bequeathed (2024) | Review Drama Korea

lakonan Ryu Kyung Soo sebagai Kim Young Ho memang terbaik dan mantap. setiap kali scene dia memang creepy betul sebab dia ni nampak psiko habis siap main ilmu hitam lagi pastu asyik follow Seo Ha.

bila sampai ke penamat, aku tak puas hati sangat sebab pengarah asyik tunjuk benda pelik-pelik Young Ho buat tapi tak tahu apa motif sebenar dia buat macam tu. Young Ho asyik follow Seo Ha cakap nak beritahu something tapi aku tak tahu apa benda yang dia cuba beritahu Seo Ha. 

The Bequeathed (2024) | Review Drama Korea

aku suka drama misteri dan penyiasatan macam ni, seriusly jalan ceritanya sangat menarik dan unpredictable, langsung tak boleh teka siapa pembunuhnya. mindblowing wei bila rahsia keluarga Seo Ha tersingkap perghh aku tak boleh nak brain, speechless dan tak dijangka langsung bila didedahkan identiti sebenar pembunuh.

siapa yang suka tengok drama thriller dan penyiasatan, memang rekomen sangat untuk tengok drama ni.

Post a Comment

0 Comments