Review Movie: Fanna (Netflix)

Review Movie: Fanna (Netflix)

Filem : Fanna
Produksi : Jaguar Lim Films & Production
Pengarah : Andy W.S. Liew
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan
Tayangan : 28 September 2023
Durasi : 1 jam 24 minit
Genre : Cinta, Aksi
Pelakon : Fify Azmi, Syafie Naswip, Colleen Rosanna Augustin, Andy Black Tan, Rashid Salleh, Charles Nilbert, Kenji Sawahii, Sahronizam, Roy Azman, Aleza Shadan

SINOPSIS:
Seorang gadis yang menghidap kanser dan telah jatuh cinta dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Dapatkah mereka bersatu pada akhirnya?

Review Movie: Fanna (Netflix)

Mengisahkan Fanna (Fify Azmi) seorang gadis yang gemar melakukan aktiviti lasak dan telah berkenalan dengan Syafik (Syafie Naswip) ketika aktiviti menunggang motosikal bersama kawan-kawannya. Hubungan mereka semakin rapat sehingga menjalinkan hubungan cinta. 

Suatu hari, nyawa Fanna terancam kerana Syafik merupakan anak ketua kongsi gelap terlibat dengan masalah pergaduhan dengan kumpulan Black dan Sunny. Mereka kemudiannya melarikan diri dan bersembunyi untuk mengelakkan dari ditangkap musuh Syafik.

Review Movie: Fanna (Netflix)

Walaupun nama filem ni Fanna tapi jalan ceritanya berkisarkan tentang masalah yang berlaku dalam dunia kongsi gelap apabila ada pihak yang menganggu Syafik melakukan urusan perniagaannya. pastu ada pula kumpulan yang selalu tak puas hati dengan ayah Syafik.

kat hujung-hujung baru si Fanna ni mention pasal penyakit kanser dia yang semakin teruk then Syafik buat keputusan untuk berkahwin dengan Fanna sebab nak jaga Fanna yang dah jadi sebatang kara tapi dia kena buat perhitungan terakhir dengan masalah dunia kongsi gelap dia.

Review Movie: Fanna (Netflix)

menarik juga tengok lakonan Syafie Naswip dan suka babak aksi yang ditunjukkan oleh Colleen Augustin yang memegang peranan sebagai Sab, adik kepada Syafik. overall, isu dan jalan cerita filem ni agak predictable dan klise, skrip pun agak bosan dan lemah.

Post a Comment

2 Comments