Novel Jendela Hati karya Aisya Sofea Diadaptasi Ke Drama Bersiri

Novel Jendela Hati karya Aisya Sofea

Zaman sekolah dulu minat sangat baca novel karya Aisya Sofea, hampir semua novel beliau dijadikan koleksi peribadi walaupun zaman tu sis agak sengkek tak ada duit. Antara novel Aisya Sofea yang sudah diadaptasi adalah Jauh, Sehangat Asmara dan paling popular Adam & Hawa.

Jendela Hati juga diadaptasi ke drama bersiri dan bakal ditayangkan di platform penstriman VIU maybe bulan februari 2024. sis pun agak excited bila tahu novel ni pun sudah diadaptasi tapi bila tengok hero dia terus mood merundum. tak sesuai wei. tengok cite I Love You, Stupid sudahlaa, cringe habis dengan lakonan heronya.

Anna Jobling, M.K K-Clique dan Hanna Aqeela dalam Jendela Hati

Jendela Hati mengisahkan Farah pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di luar negara. Farah mempunyai kembar seiras bernama Sarah yang sudah berkahwin dengan Lukman Hafizi dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Zahin tapi tak lama kemudian Sarah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Pertama kali Lukman bertemu Farah, dia agak terkejut sebab tak pernah jumpa Farah walaupun tahu isterinya mempunyai kembar seiras. Hubungan Farah dan Lukman makin rapat sehinggalah ahli keluarga mereka mahu melihat mereka bersatu. Pada masa ini banyak konflik yang timbul. Lukman keliru sama ada untuk setia pada arwah Sarah atau membuka hatinya menerima Farah.

Jalan ceritanya menarik sebab watak Farah seorang yang kuat menerima segala dugaan yang berlaku dalam perkahwinannya. Sebenarnya Farah bersetuju dengan perkahwinan tersebut disebabkan wasiat Sarah tapi menyembunyikan perkara tersebut kerana mahu Lukman menerima dirinya sebagai Farah bukan Sarah.

kalau baca novel ni memang sakit hati juga dengan watak Lukman cuma itulah dia keliru dengan perasaan sendiri, sebenarnya dia dah start sayang Farah tapi bila keluarga mahu melihat dia dan Farah berkahwin ada perasaan bersalah pada arwah Sarah.

aku dah lama baca novel ni tak berapa ingat tapi novel dia agak nipis dan jalan ceritanya fokus pada hubungan Farah dan Lukman, dan konflik yang berlaku dalam perkahwinan mereka. rasanya tak ada kisah penyondol dalam novel ni.

Novel Jendela Hati karya Aisya Sofea

Novel : Jendela Hati
Penulis : Aisya Sofea
Helaian : 334
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : Januari 2000

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.


Drama Jendela Hati bakal ditayangkan di platform penstriman VIU Malaysia mulai 5 Februari 2024. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh Global Station dan dibintangi oleh Anna Jobling, MK K-Clique, Hanna Aqeela dan ramai lagi..

Post a Comment

0 Comments