Menanti Senja (TV3) | Sinopsis Drama

Menanti Senja TV3
Kredit Instagram Drama Sangat

Drama Menanti Senja bakal menghiasi slot Samarinda TV3 bermulai 17 Januari ini, pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam bagi menggantikan drama Hati Tercarik Luka.

Menanti Senja sebuah naskah yang sara dengan mesej kekeluargaan mengisahkan kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak perempuannya menampilkan barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Sherie Merlis, Johan As'ari, Trisha Ooi, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Menanti Senja (TV3)

Drama : Menanti Senja
Produksi : Anomali Media & Production
Pengarah : Faizal Nadxaman
Penulis Skrip : Shaza Taib
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 17 Januari 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Lagu Tema/ OST : Sinar Sunyi (Hariz Fayahet) 
Pelakon : Trisha Ooi, Johan As'ari, Faizal Hussein, Sherie Merlis, Hawra Jamalullail, Kodi Rasheed, Khatijah Tan, Hazeeq Dean, Natasya Mahyan, Syahmie Thsaqeef 

Sinopsis Drama Menanti Senja

Mengisahkan kehidupan Syukri lakonan Johan As'ari, yang sederhana menjadi bahagia selepas berkahwin dengan Sarah (Trisha Ooi) dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Suhana (Hawra Jamalullail). 

Namun perkahwinan mereka tidak direstui oleh bapa Sarah, Kamal (Faizal Hussein). Sebuah kisah yang pengorbanan dan kasih sayang dari dua orang ayah pada anak perempuannya. Adakah mereka dapat menepis segala halangan dan menemui kebahagiaan?

Saksikan drama Menanti Senja pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam mulai 17 Januari ini di slot Samarinda TV3 atau strim secara ekslusif di platform penstriman TONTON.

Post a Comment

1 Comments