Mati Hidup Balik (Astro Ria) | Review Telefilem

Mati Hidup Balik (Astro Ria) | Review Telefilem

Telefilem : Mati Hidup Balik
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Srikandi Emma, Seri Dewi
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 19 Januari 2024
Durasi : 1 jam 35 minit
Genre : Seram
Pelakon : Faizal Hussein, Fiza Thomas, Sahronizam Noor, Jiha Sham, Usop Wilcha, Bonda Alya

Kematian seorang bapa membongkar amalan yang dilakukan sebelum ini yang menyebabkan dia kembali dari kematian dan menghantui kehidupan ahli keluarga.

Alkisahnya Tok Ayah (Faizal Hussein) yang mati hidup semula mengejutkan penduduk kampung, bukan sekali tapi dua kali sehingga ada yang mengatakan Tok Ayah mengamalkan ilmu kebal dan sebagainya.

Mati Hidup Balik (Astro Ria) | Review Telefilem

Sara (Fiza Thomas) tahu bapanya belajar ilmu ni tapi hanya berdiam diri cumanya bila bapanya dua kali mati hidup, dia jadi penat nak mengadap tohmahan orang kampung terhadap ayahnya. Sehinggalah Fiza berdepan ayahnya dan meminta membuang ilmu tersebut.

Berlaku pertengkaran antara mereka dan akhirnya Tok Ayah memberitahu tentang cara yang boleh buat dia mati iaitu dengan makan rebung hitam dan dua petua lagi kepada Sara. Sara dalam dilema untuk mengikut petua tersebut sebab sayangkan ayahnya dan rasa seperti membunuh bapa sendiri.

Atas nasihat kawan baiknya Ida (Jiha Sham), Sara meneruskan perkara tersebut dan akhirnya Tok Ayah meninggal dunia dan selamat dikebumikan.

Sara ingat semua berakhir dengan selamat tapi hidupnya tak tenang juga sebab selepas itu dia terus diganggu dengan hantu Tok Ayah yang membuat kacau di rumahnya. Sara tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku lalu meminta nasihat dari Tok Mat (Sahronizam) yang pernah berlajar silat bersama ayahnya.

Mati Hidup Balik (Astro Ria) | Review Telefilem

Dari sini Tok Mat beritahu mereke bertiga iaitu Tok Mat, Tok Ayah dan Tok Jali (Usop Wilcha) belajar ilmu kebal semasa berkhidmat sebagai tentera. syaratnya, bila ambil ilmu tu bertiga nak keluar pun mesti bertiga tapi kalau salah seorang meninggal, ada ritual yang perlu dilakukan untuk membebaskan ilmu tersebut.

Tok Mat dari awal sudah membuang ilmu tersebut sebab sedar bertentangan dengan islam, dia berjanji untuk membantu Sara menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang betul.

Dalam masa yang sama muncul Tok Jali ke kampung tersebut yang tidak senang duduk apabila mengetahui Tok Ayah telah meninggal dunia. Tok Jali bertemu Tok Mat untuk melakukan ritual bagi membebaskan diri dari terus diganggu hantu Tok Ayah. tapi Tok Mat menolak dan tidak mahu lagi terlibat dengan perkara tersebut.

Tok Jali kemudiannya pergi menemui Sara dan memujuk Sara melakukan ritual tersebut bersamanya. Adakah Sara akan mengikut saranan Tok Mat atau Tok Jali yang dia tahu ritual tersebut salah.

Mati Hidup Balik (Astro Ria) | Review Telefilem

plot dan jalan ceritanya telemovie Mati Hidup Balik agak menarik dan menyeramkan juga. Sara ni kira berani juga sebab berani duduk seorang diri dalam rumah tu selepas bapanya meninggal pastu tiap-tiap malam juga hantu ni melawat kawasan dan buat sepah dalam rumah. pastu siap cabar benda tu berdepan dengan dia. kalau aku memang tak sanggup, seram wei.

satu lagi benda menarik yang menarik adalah hubungan ayah dan anak antara Sara dan Tok Ayah. Sara ni nampak sangat sayang kat Ayah dia sampai idolakan ayahnya dan belajar silat. tapi sebab sayang juga, Sara nak ayahnya membebaskan diri dari ilmu khurafat ni. sedih juga waktu dia nangis bagi ayah dia makan rebung tu sebab tahu apa akan berlaku seterusnya.

Walau apapun alasannya, yang salah tetap salah. sebelum nak ambil sebarang ilmu yang syirik dan khurafat macam ni kena ingat juga dengan ahli keluarga yang lain. bila mati dah menyusahkan waris apabila diganggu dengan benda yang hilang tuan ni.

Overall, jalan ceritanya yang menarik dan penuh pengajaran.

Post a Comment

0 Comments