Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

Title : Marry My Husband
Director : Park Won Gook
Screenwriter : Shin Yoo Dam
Network : TVN/ Prime Video
Release Date : 1 January 2024
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Comedy, Romance, Fantasy
Cast : Park Min Young, Na In Woo, Lee Yi Kyung, Song Ha Yoon, Lee Gi Kwang, Choi Gyu Ri, Gong Min Jung

A story about Ji-won, a time-limited woman, returning back to 10 years ago and dreaming of revenge after being killed by her husband who had an affair with her best friend.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

Marry My Husband ni konsepnya lebih kurang drama Go Back Couple dan Familiar Wife apabila watak utamanya cuba mengubah takdir mereka bila dapat peluang kembali ke masa lalu.

Diadaptasi dari webtoon Marry My Husband karya Seong So Jak mengisahkan Kang Ji Won (Park Min Young) yang menghidap kanser tahap 4 dapat tangkap suami, Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) dan kawan baiknya, Jung So Min (Song Ha Yoon) berasmaradana di rumah ketika dia berada di hospital.

Berlaku pertengkaran antara mereka dan end up Ji Won mati di tangan mereka. Bila sedar je, Ji Won mendapati dirinya kembali ke 10 tahun yang lalu di tahun 2013. Waktu ni dia baru dating dengan Min Hwan.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

Ji Won dan So Min berkawan baik dari zaman sekolah lagi pastu dating dengan Park Min Hwan bila mereka bekerja di syarikat yang sama. 

memang sakit hati Ji Won bila teringat balik kena khianat dengan mereka. pastu dia pun tak happy dengan perkahwinannya sebab perangai Min Hwan dan emak mertuanya macam hauk. Ji Won banyak menderita sepanjang tempoh tersebut  so dia guna peluang ni untuk figure out macam mana nak mengelak dari dua makhluk perosak ni.

Ji Won mahu tamatkan hubungannya dengan Min Hwan tapi baru mention nak putus terus mamat ni jadi psiko nak pukul dia. Ji Won risau kalau dia tak dapat lepaskan diri dari Min Hwan pastu di dapat idea untuk cari orang gantikan tempat dia kahwin dengan Min Hwan. so calon yang paling sesuai sekali tentulah So Min sebab tu tajuk drama ni please Marry My Husband.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

geram betul dengan perangai dua ekor ni, mereka cuma nak ambil kesempatan pada kelemahan Ji Won untuk kepentingan diri mereka.

Min Hwan memang tak nak lepaskan Ji Won sebab Ji Won ada ciri-ciri wife material. lepas kahwin dia berhenti kerja tetap dengan alasan nak main saham tapi end up Ji Won yang kena tanggung biawak hidup ni. 

So Min pula seorang gadis yang ceria dan comel tapi hati busuk. konon kawan baik tapi dari sekolah lagi dia ambil kesempatan pada Ji Won. Disebabkan dia juga, Ji Won kena buli waktu sekolah dulu.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

banyak perubahan yang berlaku dalam hidup Ji Won tiba-tiba bos dia, Yoo Ji Hyuk (Na In Woo) rapat dan banyak tolong dirinya. 

dari awal aku rasa Ji Hyuk ni pun dari masa depan juga sama macam Ji Won sebab setiap kali Min Hwan cuba abuse Ji Won mesti Ji Hyuk akan muncul pastu dia macam anti giler dengan So Min. boleh nampak yang dia cuba protect Ji Won dari dua makhluk perosak ni. jawapannya dalam episod 4.

pendek cerita, Ji Hyuk ada perasaan pada Ji Won tapi tak pernah luahkan sebelum ni. peluang kedua ini digunakan Ji Hyuk untuk protect Ji Won dan pastikan Ji Won bahagia dengan hidupnya.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

Gikwang bawa watak sebagai Baek Eun Ho seorang chef yang crush dengan Ji Won waktu zaman sekolah dulu. Ji Won pun crush dengan dia juga dulu.  tapi ada salah faham yang berlaku disebabkan si Ju Min.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

suka tengok progress pada watak Kang Ji Won. kalau sebelum ni dia seorang yang naif dan sibuk nak jaga perasaan orang tapi rasa puas hati betul bila dia makin berani dan cakap NO pada So Min. paling best waktu scene reunion sekolah, Ji Won tukar imej diri dia pastu pergi berdepan dengan pembuli dia sebab nak tahu kenapa dia dibuli dulu.

kalau sebelum ini hidup dia cuba ada Min Hwan dan So Min tapi bila buka mata lagi baru nampak ramai lagi orang sekeliling yang lebih baik dan lebih ikhlas untuk berkawan dengan dia.

Marry My Husband (2024) | Review Drama Korea

isu dalam drama ni agak berat. suami yang abusive, pasangan curang dan paling tragis mati di tangan orang yang paling rapat. agak sadis juga hidup Ji Won, realitinya seram juga sebab dah banyak kes perempuan cuba melepaskan diri dari abusive relationship berakhir dengan tragedi

tapi disebabkan genre drama rom-com lebih santai layan walaupun sakit hati tu tetap ada pada makhluk perosak ni. drama ni baru tayang sampai episod 8, so far menarik juga plot dan jalan ceritanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. sabar kejap, banyak sangat pulak kdrama yg best ni aihhh

    ReplyDelete